Monday, September 28, 2009

Post raya - "save budget" time!

Kalians,
Salam Syawal 1430..dah raya ke 10, tp masih terasa kemeriahan raya nya.Rakyat malaysia meraikan raya Aildilfitri sampi ke 30 syawal..terpulang la kepada penerimaan masing-masing nak raya sebulan ke, dua hari ke..seminggu ke..Janji, yang tinggal pose tu, qada cepat2 sblm nak pose and raya pulak tahun depan...termasuk la aku jugak..heehee..

kalians,
raya ni, kami sefamily takde gambo raya sedondon berbaju raya kaler purple.

Sebabnye?

..baru je aku keluar kan camera, cik Nia aku tu dah sibuk meng-snap gambo2 sekalian umat dalam rumah...tak leh nak marah sebab camera dia maksu pinjam (Nia ada camera digital sendiri wooo,tahan lasak kena baling....buat substitute camera baru aku ni (yang ala-ala manja-tak-boleh-jatuh-nanti-cepat-jahanam..hehe)

Pastu, time aku nak amik camera tu dari dia, nak snap gambo raya kitorang, time tu jugak dia beraksi ganazz, terus sentap camera aku nan biru itu, lalu terpelanting dari ketunggian beberapa meter dari lantai umah dan tergolek la camera aku tu ...BEDEPUPPP..BEDEPAPP....penuh syahdu bunyinya..lantas, terus..bzzz..bzz..mengong terus...

Waaaaaa..dah la camera baruuuuu.... (T_____T)

Maka, disebabkan pagi raya la jugak, aku tak sampai hati nak marah cik Nia, hanya sekadar membeliakkan bijik mata ku tanda hangin satu badan di khalayak ramai, sampai cik Nia kecut perut,..memencilkan diri tepi adik Taqiy, siap tertido terus, kunun2 merajuk la aku marah..<--padahal tak kluar suara pun marah dia..

Huhu..hebat sungguh beliakkan mata aku..dalam hati aku "Ya Allah, sabooooo jela"..kalu kat umah sendiri tu, mau macam petir high pitching suara aku marah2.. Astaghfirullahal'azim....

Maka, pasrah la aku di pagi raya..dan lepas ni kena pinjam camera sape2 jap, nak posing pakai baju raya balik, sementelahan mood raya dalam bulan Syawal ni masih ada..hehe

Isk, selalu melalut jek dari tajuk entry.. (^__^)

Selalunya..untuk family2 beranak ramai, mahupon seorang dua (macam kami..hehe)..budget raya musti tak banyak pun, sikit sure terbabas jua...dalam aku dok kontrol pernafasan nak spend duit, tapi dah time raya tu, dok niat nak bersedekah..main seluk je la dompet suami purse buat hulur2 duit raya dan shopping beli keperluan yang patut...buat belanja makan2 mak,mama dan abah dan sesiapa berkenaan di kampung yang jarang-jarang jumpa..

Aku kira, keputusan menggunakan cloth diaper memang keputusan yang pertama kedua terbaik selepas nak gigih dan tabah untuk fully breasfeeding my second baby walau ribut petir,hujan ribut, aral melintang ke, menegak ke yang datang melanda... (",)

Kenapa yer?

Kalians, adakah aku penah cerita yang kalu berjalan jauh, we still use dispo diapers?
Kali ni, kami balik kampung ber-empat, dengan dua anak yang sorang dah potty training, dan sorang masih baby. SO, haruslah kena ada bekalan pampers paling kurang 2 peket besar satu saiz XL, dan satu saiz M (ya puan2..anak teruna kami yg baru nak masuk 3 bulan dah tak muat montotnya dengan saiz S!)..

Tapi, memandangkan bonet keta penuh barang shopping beg pakaian dan kuih raya,maka kami tabah je beli dispo peket kecik sekali keduanya, dan bawak cloth diaper banyak2, dalam sepuluh keping, buat rotate pakai dalam masa seminggu...(mode: baca doa banyak2, supaya tak kena beli dispo pampers lagi)..

And guess what..peket kecik pon tak habissss!! sebab..aku belasah je pakaikan Si Taqiy tu dengan cloth diaper siang dan malam,berjalan jauh ke dekat,dengan harapan nak save duit dispo diapers dan jadik model promote business cloth diaper kat sedara-mara.

And setiap hari jek mesti basuh guna mesin basuh( sebab takde baldi nak perap 3 hari..hehe). Alhamdulillah, cuaca kat kg Teluk Intan - Tapah - Perlis sangat baik untuk membolehkan cloth diaper kami anak-anak kering dalam sejam dua je bawah cuaca panas, dan takde stain langsung!!.Padahal, dah time raya cenggitu,aku main sental manja tahap malas je,sebab sibuk makan beraya dengan sedara mara sumer..kihkih..

Cuma, aku bawak extra baju, and cloth diaper time pergi berziarah, sebab kena alert untuk tukar cloth diaper tiap 3-4 jam, tanak dia bocor and kena baju raya pakaian kami, nanti susah nak bersolat pulak..

Serius, balik sini, baru aku perasan..dispo diapers masih ada byk,lebih separuh walaupun dalam paket kecik yg berharga rm20.90 cap PetPet tu..aku tak ingat lak berapa keping each packet tu..tapi peket kecik la..huhu

bayangkan, berapa RM aku dah save,and boleh bagi duit raya daripada aku buang je,..huhu..Alhamdulillah..

Dan, lepas dah start keje nie, mula la kira RM buat budget balik on track, and kami happy to say, to fully cloth diapering siang dan malam untuk Taqiy...(sebab duduk umah, so tak payah pakai dispo dah)..so, bulan depan kami akan try to avoid beli dispo diapers dah, untuk nia, save Rm100++ on dispo, and adik Taqiy.. RM100++ jugak, dah ada RM200++ untuk masuk saving account anak-anakku buat bekalan masa depan..yeayyyy..

Alhamdulillah... d(^__^)b

Oh ye, good news nyer..cik Nia, dalam dua tiga hari ni, aku dan encik hubby perasan nia tak kencing malam (atas tilam)..so, kami try tak pakaikan diaper dah time tido malam..

percubaan malam pertama ke-1 - berjaya
percubaan malam ke- 2 - berjaya
percubaan malam ke-3 - BANJIR cadar..hadoiii..

Malam ni, kena psycho concious and subconcious mind lagi supaya Cik Nia berjaya lagi malam ni dan seterusnya..huhu

Cengginilah jadik Mama dengan abah ye, nak train anak macam-macam..hehe.Sungguh mencabar, tapi takpe, hasilnya..buat di kenang hari tua esok masa akan datang la..boleh buat modal bercerita dengan cucu cicit masa nak pakaikan diorang dengan cloth diaper yang version tahun 2030-an ..cewah..harap2 masih cun melecun dan kieyut miut kami sempat la pakaikan cloth diaper ke montot anak cucu nanti, dalam keadaan muka bumi yang bebas toksik, dan bebas sampah dispo diapers yang mungkin jadik tapak perumahan di rumah anak-cucu nanti..Amiiiiinnnnn...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...