Sunday, February 14, 2010

KEHEBATAN SURAH AL-IKHLAS


"A'u zubillah himinashsyaitannirr ajim...bismillah irrahmannirrahim "
Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam,
Allah yang Maha Pemurah lagi Maha
Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja
kerja kerana
dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang
berada di dalam
tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan
berlari keluar umpama
cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,

kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad.
Allahussamad.. . Lamyalid walam yu-lad. Walam
yakul lahu kufuwan
ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan denganmembaca
bismillah.
Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang
di rumah
berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah
bersolat
kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir
solat akan
membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar
menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan
daripada salam
yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad
s.a.w:
"Barang siapa membaca Qul huwa"llahu ahad 100,000 kali
maka sesungguhnya
ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang
menyeru dari pihak
Allah di langit dan di bumi.  
Ku saksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan
Allah sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah
pemerdekaan dari neraka". Inilah yang dinamakan membaca Qulhua"llah
ahad
satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu
kesanggupan kita
sehari.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,
maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikatakan membawanya dengan sayap mereka melintasi titiansiratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).


Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya 
"Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit?"
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepadaSaiyidina Ali  bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang dikatakannya  itu. 
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran keranaianya sama dengan membaca 30 jus  Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka sayatelah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.

Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap  padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi:
Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya QulHuwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, 
AllahhusSomad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,
Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, 
Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali  selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.

Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak  mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya
3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...