Tuesday, June 1, 2010

Boleh kah ibu bapa bekerja gunakan Cloth Diaper?

Boleh! mesti boleh! dan yakin boleh!    v(^___^)v

Saya seorang ibu yang bekerja..gila kerja sebenarnya (padahal , balik umah, membebel+tergolek kepenatan..huhu..)

di ofis sebagai interior consultant, di IPTA sebagai part time lecturer, di rumah sebagai businessmama, sebagai seorang mama dan isteri juga, tapi, saya still boleh manage the cloth diaper.

sebab apa?takde rahsia apa-apa, cloth diaper memang mudah!.

treat it as normal clothes which we wear daily and needed to be wash,at least 3 laundry per week..ishhhh..mudah je..

oh ye..untuk lebih mudahkan anda buat keputusan, kenapa perlus be-cloth diaper,instead of disposable diapers, boleh click2 website nie

biar saya cerita my cloth diaperig experince ikut step ya..

1.Prepare the cloth diaper
                   
malam sebelumnya (atau pagi2 sebelum pergi kerja kalau nak kelam kabut..hehe) siapkan cloth diaper dengan insert dimasukkan didalamnya,beserta 'flushable liner',siap setting size,susun siap2 dalam beg,ikut keperluan sehari (sama seperti dispo), cuma mungkin boleh bagi lebih sikit.contohnya, 6 + 1 extra.Ini kalau anda hantar anak ke nursery.




Jika ada pembantu di rumah, sediakan lebih pun takpe, so senang kerja pembantu untuk tukar CD, tidak lah dia tension dan cubit-cubit  tampar,sepak anak anda pulak untuk lepas geram.



Eh, saya selalu imgine yang pelik2 tau..sebab it happens kat luar sana!
Tapi iyelah, pembantu rumah pun manusia biasa.
Sso...saya sentiasa fikir, kalau kita jaga anak sendiri, kemas rumah sendiri pun penat, for sure dia pun penat..huhu.. (cewah, macam la ada bibik kat rumah...)



2.Balik dari kerja

keluarkan semua cloth diaper dari wetbag (or plastik beg), keluarkan inser dan bilas kesan urine (air kencing) dan campak dalam baldi.

 *image from diyaluna.com (Lunatots founder)

Kalau ada poo-poo (jika tak gunakan liner), spray poo-poo dengan air terus masuk dalam lubang tandas.

Jika gunakan flushable liner, kutip the liner,terus campak ke dalam toilet, and flush!.Jika gunakan flushable liner dan anak hanya pee, boleh basuh bersih, jemur dan guna semula (2-3 kali penggunaan).

Jika guna disposable liner (macam jenama Pureen, KIKO etc), buang najis (jika berketul) atau spray najis (jika cair) terus ke lubang tandas.Lepas tu, jangan flush liner itu, terus buang ke dalam tong sampah ye :)
             
Lepas selesai kerja membilas Cd, boleh perap dalam baldi,tanpa rendaman.Kalau agak-agak takut berbau (mungkin bilas tidak bersih kesan pee /poo), boleh titiskan 2-3 titis essential oil wangi, or cecair dettol, or bilas je lagi CD tu.


3.Hari untuk membasuh

Saya membasuh selang sehari.

Meaning, hari ini, katakan malam Ahad, saya sudah basuh satu baldi soiled CD, hari Isnin, saya takkan membasuh, so hari Selasa, saya akan membasuh, termasuk la CD untuk hari itu.
Katakan sehari 7 CD, so 2 hari bersamaan 14 CD.

Atau, anda boleh selang 2 hari,Ahad dah membasuh, Isnin dan Selasa tidak,Hari Rabu baru membasuh semula.so, sehari 7 CD, 3 hari (Isnin,Selasa,Rabu) ada 21 CD.

So, agak2 la ikut kesesuaian jadual anda.jangan stress bila berCD.Agak2 dah penat membilas, mintak tolong encik hubby anda yang hensem lagi macho itu tolong bawak and tuang ke dalam mesin basuh sebaldi stok CD tu.Jimat tenaga...

Apa yang penting...KERJASAMA!

Hubby saya memang orang yang paling menyokong usaha saya nak cloth diaperkan anak-anak,so..dia tidak lokek untuk membantu, even tengah malam saya baru teringat nak masukkan CD dalam washing machine, dia sudi je bantu..

I love you very much lah..hehe

Boleh masukkan CD dalam washing net, untuk jaga ketahanan material.Insert, tak perlu masuk washing net.Biar lepas bebas bergelimpangan dalam W.M itu.. (^__^)

 TIPS : Spin (perah) dulu CD dalam washing machine, sebelum basuh seperti biasa.ini untuk menjimatkan rinse circle kemudian,sebab air bilasan urine dah kering sebelum start membasuh....

Gunakan full load water level dan suku sukatan sabun basuh (jika sabun biasa spt Trojan etc.Kalau sabun seperti Lunacare,Pureen HAD, saya gunakan full scoop-sebab kecik je scoop nya)*.

Pastikan anda bilas 2 kali (rince circle), untuk memastikan sabun /kotoran bersih sepenuhnya.


Lepas sudah basuh, sila cium bau insert/Cd, jika masih ada bau urine or poo, kena bilas sekali lagi.

Jika ada kesan kuning poo baby, tak mengapa.Sekurang-kurang anda telah hilangkan kesan bau dan rasa (fizikal texture).

Kesan kuning akan hilang, jika di jemur bawah matahari terik! Percayalah!
UV ray pada matahari boleh membunuh bakteria, dan peluntur kesan kotor semulajadi.

Kalau dah membasuh 2-3 kali, but still ada kesan lama hitam2 (kesan kuning lama, akan jadi hitam)...next time basuh, jemur bawah matahari terik pun, still boleh hilang!

(*Gunakan Pureen HAD,Lunacare or other suitable detergent, tanpa peluntur, enzim atau pelembut! 3 bahan ini akan memudahkan soap built-up, dan CD mudah bocor)


4.Hari menjemur 


Anda boleh sidai je Cd bawah kipas waktu malam, jika emergency stok untuk di gunakan esok dah habis, cuma pastikan ada insert lebih, sebab insert agak tebal, dan susah untuk kering di bawah kipas.

Jika jemur dibawah matahari (atau kipas sekalipun), pastikan bahagian inner CD yang terdedah ke atas.
Kalau insert ada kesan kuning, jemur bahagian ada kesan kotor itu menghadap matahari.jangan telangkup ke bawah pula.

Bawah panas matahari,2-3 jam pun sudah boleh kering.
Bawah kipas? it depends...

Saya suka gunakan penyangkut bulat kipas untuk insert dan CD.tapi, kalau matahari terik la
Kalau matahari malu-malu, saya sidai beratur atas line penyidai,
or, guna hanger, tiap satu hanger, 2 insert atau satu CD sahaja.

Lepas dah angkat dari jemuran, longgok je dalam bakul, or dalam diaper stacker (jika malas or penat sangat..hehe)

or, boleh masukkan insert siap-siap dengan liner sekali, so, nanti akan memudahkan kerja anda dan keluarga  anda.


..lepas nie, ulang step 1 balik...


So far, itu rutin saya, dan setakat ini, memang berkesan dan mudah.
alaaaa...mula-mula memang macam leceh.Bila dah biasa, sambil pejam mata pun anda boleh buat...hehe

Paling ramai orang concer, bab kesan kuning, dan "SEMPAT KE NAK BASUH? BAJU KAT RUMAH PUN BERBAKUL TAK BASUH?"

Bab kesan kuning, saya dah explain. Bab tak sempat basuh dan alasan berbakul baju pun jenuh nak ikut turn, itu masalah anda yang MALAS nak membasuh. Jangan marah, sila muhasabah diri sendiri.

Saya dulu menghadapi penyakit M sekejap, konon2 penat kerja dan nak jaga anak.
Tapi, atas kesedaran dan muhasabah diri, that " I MUST CONTROL THE SITUATION"..bukan situation yang kontrol diri saya.Now i did using cloth diaper, then happy to share the benefit.

 Kalau malas nak renyah, guna la disposable diapers.tak siapa paksa (^___^)
Cuma saya risau, masa depan anak saya yang akan dikelilingi sampah disposable diapers orang lain...  (-_____-!)

Sama je macam perasaan mula-mula dapat anak..
nervous, gelisah,takut,,risau,happy..semua bercampur kan? risau kot2 tak boleh handle anak sendiri.
Tapi, sekarang,siapa ibu dan bapa yang hebat? Anda berdua suami isteri kan?

Mahal? beli sedikit-sedikit, lama-lama banyak la CD, specially jika anak anda baru seorang.Percayalah, you will feel the differnet in cash flow expenditure...
Saya boleh tambah jumlah tabungan bulanan anak saya, sebab saya jimat tang cloth diaper dan BF...anda?

Ok,lepas nie, saya akan bercerita tentang "STRIP washing", "masalah CD berbau lagi", "review tentang CD" dan banyak lagi seringkas mungkin.

saya tau, anda mungkin curi-curi baca time kerja di opis..hehe


p.s: kurang gambar? isk...saya jenuh carik file gambar saya ntah celah mana letaknya.Nanti saya update lain.

ada video, tentang bagaimana saya basuh selepas spray the poo in the toilet.Mudah je..Sila view related video by other mommy too..

Note: Saya bukan penggeli poo-poo anak.So, saya selamba je basuh.sebab nnti saya akan sabun tangan dengan antiseptic hand wash..hehe (kill! kill! all the germs!)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...