Tuesday, October 5, 2010

Bukan semua orang tahu segala-galanya tentang 'breasfeeding'

Dalam kalangan kawan-kawan sekolah dan universiti, saya antara yang terawal bertemu jodoh...hehe.
Saat baru menjangkau usia 24 tahun pada November 2005, saya sudah mengikat ikatan dengan 'Chenta Hati' saya bulan Disember 2005..

Hujung Oktober tahun 2006, lahirlah 'buah chenta Hati' Srikandi kami yang pertama, cik Nia...
June 2009, lahir pula Putera Pahlawan kami, Taqiy..

Dengan pengalaman tak seberapa membesarkan 2 orang anak,kami suka berkongsi pendapat tentang anak-anak dengan kawan-kawan.Tapi, most of the time, di saat orang lain baru dok sibuk-sibuk nak cari hantaran, nak plan wedding of the year, nak jemput2 datang kenduri kahwin...kami dah kedek-kedek kelek anak kiri kanan pergi majlis kahwin...haha...

So, bila kawan-kawan dapat anak, saya tumpang gembira, teruja macam saya yang dapat new baby, dan saya memang sehabis boleh, akan tolong kawan-kawan bab mencari  info  'fully breasfeeding' anak pertama mereka, dan juga bab-bab lain, termasuk macam mana nak jaga anak demam, anak meragam tengah malam sokmo, anak tak mau /memilih makan...isk, macam-macamlah..


Tapi kawan-kawan, saya ikhlas!
walaupun nampak saya macam membebel...(haha..) mengalahkan doktor je gaya bercakapnya,
(walaupun cita-cita asal nak jadi doktor, last-last minit tukar nak jadi Interior Deisgner...^_^..)
tapi saya ikhlas, dan hanya bercakap apa yang saya tahu.
Kalau agak2 saya tak yakin, saya terus redirectkan mereka ke orang-orang sekeliling yang saya kenal, untuk ilmu mereka!

Seperti sabda Nabi S.A.W...
"Sampaikanlah ilmu yang baik, walaupun hanya satu ayat!"

Dalam banyak-banyak hal,bab breasfeeding la saya lihat sudah ada banyak kesedaran untuk ibu-ibu nie fully breasfeeding, specially mereka yang bekerja.Selagi boleh, memang saya akan tolong!

Saya pernah orderkan breastpump,storage EBM, pinjamkan breastpump, demokan how to express BM..segala-gala berkaitan breast pump and expressing skill!
then, bab bercerita pasal skill-skill menyimpan EBM, how to handle EBM from house to nursery, how to encourage more BM while expressing...
pastu, bab-bab menyusu anak selepas baru  melahirkan, psychology and physical preparation nye...


Saya ada kawan dari pelbagai latarbelakang dan jawatan, tetapi tidak semuanya ;

-berkesempatan google internet nak cari info, hatta di website Susuibu.com pun belum sempat jengah!
---> bab-bab berfesbuk, banyak pulak masa. ^_^

-tidak semua rajin membaca, walau ilmu 'penyusuan' itu penting.Bagi mereka, alah, sua kan je B, nanti baby hisap!
---> oh, betapa salahnya mereka

- ibu dan ibu mertu mereka tak payah sibuk baca buku, google website, tanya pakar bab susu ibu pun, boleh je survive!...
---> dunia keibuan dulu dan sekarang berbeza! sama lah macam situasi 'Remaja dulu dan sekarang berbeza dunia!" Semunanya sudeh berubah seiring masa, tapi asasnya hanya satu, 'how to breasfeeding your own baby!"

-ada kawan2 saya, dari kalangan doktor pun, bertanya dari saya macam-macam hal BF! Dia ada ilmu dan pengetahuan bab BF, tapi mungkin hanya teori dan terlalu basic!
--->So, jangan pelik kalau Nurse atau Doktor macam blur je bila anda insist bab-bab BF kat hospital!Ada yang siap marah kita, sebab sibuk2 nak susukan anak sendiri...huhu.

macam-macam!
saya bukanlah nak membanggakan diri, cuma sekadar berkongsi...ilmu saya yang sedikit ini, tidak rugi saya kongsikan, malah sangat berbaloi.

Anda pun boleh berkongsi, apa jua ilmu anda, asalkan jangan sombong seolah-solah ilmu itu anda seorang je tahu..hehe..

Saya gembira melihat bayi itu dapat menyusu susu ibu, berada dalam dakapan ibu, berasa selamat dekat dengan ibu, tatkala sudah 9 bulan 10 hari melepak dalam perut ibu dengan tenang hati, tetiba penuh onak ranjau berduri dia nak hadapi dunia luar sendiri...Sedih budak kecik tu..Stress dibuatnya..

Saya pernah terbaca, journal perubatan yang mengatakan,
Saat bayi itu di lahirkan ' proses rahim ibu menolak bayi keluar ada proses yang sangat stress terhadap bayi, menyusahkan bayi, bayi rasa tidak selamat kerana melalui situasi yang lain dari suasan tenang dalam perut ibu,dan, bayi itu sebolehnya tidak mahu keluar melalui  cara paksaan itu, pastu kena strive bernafas untuk oksigen!...Kalau lah boleh lepak selamanya dalam perut mommy!..

Samalah macam kita, kalau la hari-hari boleh lepak rumah je, tak payah kelam kabut pagi-pagi nak pergi kerja, tak payah susah-susah nak kemas rumah,suruh je bibik 3-4 orang jaga rumah.Pastu kalau boleh, hari-hari nak pergi bercuti di resort, di hotel, dia tepi pantai, di Spa...iskk...

So, pengalaman 'ngeri' itu, sepatutnya kita hapuskan dengan tunjukkan kasih sayang kita, pelukan kita dan jaminan peluk cium kita terhadap bayi itu yang menghantar message " Tak mengapa sayang, mama sentiasa ada di sisi sayang, memeluk,menghiburkan, menenangkan sayang, sama seperti sayang dalam rahim mama"..
.Sure anak itu tidak meragam, percayalah...Kita tenang, anak pun tenang..
Kita stress, anak lagi la kuat melalak...huhu
Jangan bimbang, kalau anda habiskan masa sebaiknya dan sepenuhnya dengan bayi anda, sekejap je masa berlalu, sebulan, setahun,..tau-tau je anak nak kahwin!...Saya sedih bila fikir nanti anak akan kahwin, dan kami kena rela lepaskan dia di jaga orang lain, walaupun cik Nia saya baru nak masuk 4 tahun...huhu...
Tapi, itu sekurang-kurangnya, mengngatkan saya untuk menyayangi mereka sepuas-puasnya, peluk cium, geletek, gurau-gurau, main-main...isk, saya takmau time kecil mereka berlalu dengan cepat!

Kalau ada pun situasi anak meragam, tabahkanlah hati...
kalau rasa nak geram nak penyet2 je budak kecik tu, pas baby tu kat orang lain sekejap, atau tinggalkan dia buat seminit dua di baby cot nya,
kita keluar untuk tarikh nafas panjang-panjang, tenangkan hati....baru dapatkan anak balik untuk memujuk!

Saya, kalau rasa tension bab-bab anak, memang saya pas kat encik hubby saya.Dia memang superior bab slow talk!
Kalau anak merajuk dengan abah, dia pas kat saya pulak...haha...
Maka, kami sama-sama Supermama and SuperAbah!...

saya sering berdiskusi dengan suami, hubungan  suami isteri bukan setakat menghalalkan apa yang haram, ia lebih besar tanggungjawabnya, Bab ZAHIR dan BATIN!

ZAHIR itu semua orang boleh tahu apa definisinya,
tetapi bab BATIN, orang selalu fikir bab seks sahaja! SALAH!
Bab BATIN, ternasuk pengisian rohani kita, terutamanya peringatan antara suami isteri tentang pentingnya saling memahami, bab bantu-membantu membesarkan anak, hatta bab memandi atau basuh berak anak!
Selain itu, bab-bab ilmu agama dunia akhirat yang WAJIB suami sampaikan kepada isteri, dan sebaliknya, agar hidup kita berlandaskan Islam, bukan hanya sebahagian, tetapi sepenuh nya!

Kalau lah keretapi itu, main jalan ikut suka tak ikut landasan, apa yang terjadi? Itu baru keretapi, benda fizikal...apatah lagi bab-bab jiwa dan rohani!

Pastu, saya selalu fikir,
Kalau la anak kecil itu boleh bercakap tiap kali dia menangis, sure dia melalak ;
"Mama, saya nak mama peluk selalu!",
"Ibu, saya rindu bau ibu, dakapan ibu, suara ibu!",
"Mak, bontot saya dah basah nie, dah berak, tolong tukar cepat",
"mommy, saya laparrrrrrrrrrrrrr!",
" Ummi, saya kembung perut,sakit perut, bukan lapar...kenapa asyik sumbat susu formula je nie!".


ish...ish, sure kita rasa macam hamba je, anak suruh itu, suruh ini...ye lah, dia tak tau buat sendiri, kena suruh orang lain la... ^_^
itulah sebabnya barangkalai, Allah hanya izinkan bayi itu menangis, sebab mahu Ibu itu mendekati anaknya, memahami anaknya, menyayangi anaknya sepenuh hati, walaupun itu bermakan ibu kena berkorban siang dan  tengah malam, tanpa memahami apa sebenarnya yang diperkatakan tangisan anak kecil itu...Tapi kitakan ibu dan ayah, sure akan faham...it only take a few time of trial and error..



Subhanallah! Say jug suka dengan wujudnya INTERNET!
Internet nie memang sangat membantu! Saya boleh berhubung dengan ibu-ibu seluruh dunia, walau bab tentang 'tandas dan anak-anak ' sekali pun!

So, to sapa-sapa yang sibuk dok fesbuk bab-bab lagho je, baik google info-info bermanfaat, macam " cara memujuk suami", "cara membasuh kain baju dengan cepat"...hehe..

Peringatan untuk diri sendiri jua..

2 comments:

  1. Seronok baca.. hehe.. nice info sharing :).. bab google tu saya setuju, sgt membantu, terutama bab parenting ni.. Ilmu dan maklumat mmg tak pernah habis!! :)

    ReplyDelete
  2. Betul kaklong..lagi kita google, lagi banyak nya ilmu rasa nak korek kan?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...