Monday, November 1, 2010

Breast engorgement seorang ibu kehilangan anak

hari nie, baca paper Kosmo,

ekoran laporan seorang ibu yang kehilangan anak kecil tunggalnya berusia setahun terkorban dalam kemalangan, bersama dengan suami dan 2 orang ipar duai nya, dalam kemalangan ngeri di Jalan Penarik-Permaisuri dekat Kampung Nyatuh, Setiu.


Ibu tersebut mengadu kesakitan, kerana breast engorgement..kesian..kesian...kesian sangat-sangat!
Hilang suami, hilang anak...pastu mesti asyik terkenang je anak tu, susu pulak takde anak kecil yang datang menagih haknya....sedihhhh...

Apakah aku sorang je yang emo terlebih, atau ibu2 lain pun merasa tersentuh dengan kisah ibu malang ini...
Alangkan rindunya moment menyusukan anak ketika nak weaning, apatah lagi tetiba je kehilangan anak macam ini...

Ya Allah, Kau lindungi lah keluarga kami dari akhiran hayat yang sedih sebegini...


Keratan berita ibu malang itu di Kosmo.


saya copy paste kat sini, for future reference, kot Kosmo tukar link nanti.


------------------------------


Kosmo, 2 November 2010


Isteri mangsa nahas derita sakit


JENAZAH empat mangsa nahas di Kampung Nyatuh dekat Setiu dikebumikan dalam satu liang lahad di Besut semalam.


BESUT – Sudah jatuh ditimpa tangga.
Itulah penderitaan yang terpaksa ditanggung ibu tunggal, Che Marina Awang, 23, yang kehilangan suami dan anak selepas kedua-duanya terlibat dalam kemalangan di Jalan Penarik-Permaisuri dekat Kampung Nyatuh, Setiu dekat sini kelmarin.
Che Marina yang kematian suami, Noorazry Elmy Sidek, 29, dan anak tunggalnya, Noor Amysha Maisarah, berusia setahun, mengakui dia kini terpaksa menanggung kesakitan kerana payu daranya mula membengkak akibat lebihan susu.
Anaknya, Noor Amysha Maisarah sebelum ini bergantung sepenuhnya dengan susu badan.

“Orang kata tanah kubur boleh digunakan untuk kurangkan sakit ini, jadi saya ambil sedikit (tanah kubur) untuk dijadikan ubat,” katanya ketika ditemui pada majlis pengebumian anak, suami dan dua iparnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Bual, Pasir Akar di sini semalam.

Selain dua beranak itu, turut terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira dengan sebuah van itu ialah dua ipar Che Marina iaitu Noorazydyelwy Sidek, 32, dan Noor Afzan Efizalman, 16.
Kejadian pukul 1.30 petang kelmarin itu berlaku apabila kereta Proton Wira yang dinaiki empat sekeluarga dikatakan terbabas lalu merempuh sebuah van yang dinaiki 13 penumpang. Salah seorang penumpang van itu, Mek Wook Yaakob, 76, turut terbunuh.



------------------------------

(T______T)...sedihhhhhh

alangkan berpisah dengan anak yang fully brestfeeding sekejap pun, resah gelisah je serba tak kena, dok pikir nak menyusu, nak mengepam susu, nak handle EBM...inikan hilang anak tunggal, sekelip mata...


owhh...sungguh tersentuh naluri keibuan ini..

So, selagi ada hayat dikandung badan, berusaha lah sebaiknya melaksanakan tanggungjawab seorang ibu penuh dengan kasih sayang jgn lokek peluk cium manja dengan anak-anak.

Tatkala Allah menarik balik pinjaman sementaraNya itu...patah hati sedih dibuatnya.
Tapi redhalah dengan ketentuan Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu..

*nak pi lap ayaq mata sat...huhu

3 comments:

  1. saya pun terasa sangat. even baca cerita toddler hilang kejap kat jusco sebab ada orang nak kidnap pun dah seriau rasa lagikan hilang buat selamanya..nauuzubillah..

    ReplyDelete
  2. Kan ? hilang sekejap depan mata pun, mcm hape je risau meroyan mencari, inikan hilang selama-lamanya

    MOga ibu-ibu yang kehilangan anak diluar sana tabah menghadapinya (T____T) ..Na'uzubillahiminzalik

    ReplyDelete
  3. sedihnye...
    http://diarialeesya.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...