Wednesday, November 16, 2011

Kita berfikir seperti seorang Bos atau Pekerja?

Saya ada membaca buku Tuan Samsuddin Kadir, dan intipatinya sangat simple, tapi sungguh menusuk kalbu realitinya.Antara yang saya dapat capture, dan kopipes daripada blog beliau


image Googled here


" Terdapat dua cara berfikir utama dalam dunia pekerjaan, iaitu berfikir seperti pekerja dan berfikir seperti bos.

Apabila kita berfikir seperti pekerja, kesannya kita lebih memandang apa yang organisasi ataupun majikan kita dapat berikan kepada kita. Antara tindakan yang kita lakukan adalah seperti berikut :
  • Bekerja apabila ada gaji
  • Buat kerja mengikut arahan bos
  • Menunggu arahan
  • Memikirkan keperluan diri sendiri
  • Memikirkan apa yang majikan dapat berikan
  • Bekerja mengikut waktu pejabat
  • Memohon maaf apabila melakukan kesilapan
  • Hanya buat kerja apa yang disuruh oleh majikan
  • Buat kerja dalam bidang tugasan sahaja
  • Tidak kisah berkenaan keperluan staf lain yang kita tidak kenal dalam organisasi
  • Memerlukan pujian
  • dan lain-lain
Apabila kita berfikir seperti majikan ataupun bos, kita lebih memikirkan apa yang kita dapat sumbangkan kepada organisasi.
  • Bekerja walaupun tidak dapat gaji
  • Tidak menunggu arahan
  • Lebih memikirkan keperluan organisasi dan staf lain
  • Memikirkan apa kita dapat disumbangkan kepada organisasi
  • Banyak buat kerja yang akan disuruh oleh bos dan juga kerja yang tidak akan disuruh oleh bos
  • Buat kerja dalam semua bidang tugasan yang dapat memanfaatkan organisasi ataupun staf lain
  • Tidak memerlukan pujian, sebaliknya sibuk memberi pujian kepada staf yang layak
  • Buat kerja sebelum arahan dikeluarkan, iaitu kerja siap sebelum arahan diberikan.
Informasi di atas ada dibicarakan dalam buku Makan Gaji Tetapi Kaya, tulisan Shamsuddin Kadir.
Apabila kita berfikir seperti kerja kita membuat kerja sama ataupun kurang dari gaji yang kita terima, apabila kita berfikir seperti bos, kita membuat kerja lebih dari gaji yang kita terima. Di mana kita membuatnya kerana Ehsan.
‘Kereta tanpa brek, masuk ke gaung, manusia tanpa ehsan masuk ke neraka’ 

Moga dapat mengubah persepsi kita sebagai pekerja. Kalau tiada pemikiran seperti bos, sampai bila-bila nampak gayanya tak layak jadi bos, sebab otak setakat level pekerja sahaja, kan? 
Kalau jadi bos, lingkup semua! 
Maka, jom kita buat anjakan paradigma dalam gaya berfikir...<--ayat hebat time SPM dulu.. (^_^)


Bak kata Donald Trump , "Think BIG!". Kalau kita fikir kita boleh buat setakat sesuatu level je, sebenarnya kita boleh buat lebih dari itu!, cuma minda kita limitkan kebolehan sendiri.
"You are what you think"

kalau fikir " Aku nie buat bisnes susah la, takut rugi !"...Maka, confirm la tu! Kita sendiri yang confirmkan!
Apa kata cuba kalau berfikir " Aku nie buat bisnes memang susah, tapi insyaAllah boleh berjaya. Kena tahu bagaimana sahaja!"...hah, confirm Allah akan bagi Nur untuk berjaya, InsyaAllah!..

Minta pada Allah la..jangan minta dengan manusia!

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...