Thursday, March 8, 2012

Jom Solat! Syoknya Solat!



Salam ibu-ibu dan bapa-bapa

sekian lama, saya terpanggil berkongsi isi hati saya,
 Alhamdulillah Ya Allah! dan sungguh berbesar hati kami berkongsi rahmat Allah ini..

Selalu kita hanya menyatakan impian berjaya itu, ini...dan semuanya nampak murni dan cantik sekali..tetapi kita seperti lupa impian berjaya kita adalah berdasarkan KEHENDAK DUNIAWI...rumah,kereta,melancong,duit etc

Sedangkan impian berjaya berdasarkan KEPERLUAN AKHIRAT..kita hampir abaikan secara tidak sedar..apakah keperluan? yakni AMANAH ALLAH,PERINTAH ALLAH!
Paling utama, apa? SOLAT!

Kami mempunyai 3 orang anak, yakni insan kesayangan kami yang paling hampir.
Kami berusaha menjaga solat kami,menjaga perbuatan kami sebaik-baiknya untuk menjadi penunjuk tauladan anak-anak kami...tapi kami hampir lupa...tunjuk dan bimbing adalah dua perbuatan berbeza.

Pening?
ok...macam nie kisahnya,
 kalau ada orang minta bantuan  ajarkan Solat..adakah memadai dengan kata, awak tengok dan ikut..
orang tersebut mestilah boleh belajar.tapi setakat mana belajar nya? hanya sekadar ikut, kalau orang yang diikut tiada depan mata?
dan bagi kita, seolah-olah 'melepaskan batok di tangga'..kan? buat asal cukup syarat..

betul kan?

dalam isu ini, kami terlupa mendidik anak bukan setakat menunjuk yang baik-baik...kami perlu mendidik, membimbing, memeluk,memberi pujian, dan pelbagai lagi..Mendidik sebaik-baik didikan supaya mereka cintakan Solat! Berasa syok untuk Solat!

Pelbagai kaedah telah kami cari dan kaji, namun..TIADA yang dapat menandingi kaedah Rasulullah dalam mendidik.
Didikan baginda tegas, namun ada kelembutan.
Didikan baginda mudah, ringkas,merendah diri..namun sungguh berbekas di hati..
didik siap2 cara solat, waktu solat,bacaan solat,bagaimana solat etc
usia 7 tahun suruh solat
usia 10 tahun, pukul jika tidak solat.
tapi, kalau dah tua pun tak solat, nak buat macam mana ye? (*____*) ..ok, itu cerita lain..

Sekarang, kami berusaha sesungguh-sungguh usaha, mendidik diri kami dan anak kami mengikut acuan Rasulullah sepenuhnya, ciri-ciri sahabat Baginda dan pebagai lagi.Semua ciri-ciri tauladan Rasulullah, sejak membuka mata dari tidur, hingga  menutup mata untuk tidur kembali.

Apa pula seterusnya agenda utama?
Ya, sebaik-baik didikan adalah, memelihara solat, kerana solat ialah perkara pertama di hisab Allah.
PERTAMA..bermaksud TERPENTING, kan?


maka..kami sungguh2 berhajat dan berazam, mendidik anak agar solat itu, dekat  dengan hati, tertanam sebati dalam hati...moga hatinya dan hati kami terasa MALU teramat malu dengan ALLAH, dan dengan RASULULLAH..jika kami hanya mengutamakan urusan lain selain solat kerana ALLAH, apatah lagi jika meninggalkan solat dengan sengaja?

Kajian Dato' Dr Fadzillah Kamsah menemukan, sekarang ini di Malaysia umumnya..hanya 20% sahaja yang benar-benar menjaga solat 5 waktu!   lagi 80% ? 
itu keadaan sekarang! jika tidak dibaiki, bagaimanakah keadaan akan datang???

MasyaAllah..sungguh mengejutkan!
Jauhkan lah kami YA Allah,,,dari menjadi golongan itu..

Sesungguhnya suasana saya ketika kecil, dikelilingi keluarga yang Alhamdulillah, tidak meninggalkan solat.
tetapi, bila masuk Universiti, saya pelik..bagaimana ada kawan-kawan yang tidak bersolat!

ok..sungguh luarbiasa kejadian itu..tapi saya diamkan sahaja,sambil sedapkan hati, mungkin mereka jauh dari keluarga, so..tiada siapa mahu ambil kisah. Kesian jugak, solat mereka hanya  kerana ibu bapa yang suruh, bukan kerana Allah yang suruh. Namun, sambil itu saya berusaha mengajak mereka solat yang termampu...

bila bekerja, pun sama..malah, paling mengecewakan...ada pengarah, pengurus dan pelbagai lagi orang Islam yang hebat sekeliling..tidak juga Solat! RAMAI! teramat RAMAI! kawan-kawan seangkatan, dan yang lebih muda? Sama ramai!

Sungguh saya sedih..kerana setiap detik nafas mereka, setiap titis rezeki, keringat malah kelipan mata mereka, adalah nikmat Allah!..namun mereka tidak bersyukur melalui solat.

Syukur mereka hanya sekadar ucapan  "Alhamdulillah" di bibir...
saya sedih, kesian dan terasa lemah kerana tidak mampu negubah keadaan itu.

Saya pernah bertanya kepada Mama,
"mama, macam mana ya kalau kawan-kawan kita tak solat? salah siapa ya?"
mama cakap, " agaknya, emak dan bapak diorang tak didik untuk solat"
Didik? eh..mesti mak bapak diorang ajar dah..tapi? kenapa tak solat?

ok..sekarang baru saya faham, didik dan ajar, adalah dua perkara berbeza.
ajar---> hanya ajar secara teori dan praktikal.kena suruh tiap kali, baru akan buat tipa kali.
didik ---> membimbing dan mengajar secar teori, praktikal dan kefahaman, keyakinan Solat itu WAJIB, KERANA ALLAH!..bukan kerana malu kat kawan, takut mak bapak marah, takut tak pas periksa, takut tak dapat keje, takut orang kata..So, tak siapa-siapa suruh / ingatkan  pun, faham kWAJIPAN solat!

bukan kerana benda lain...simple sahaja, SOLAT KERANA ALLAH...sebab? Malulah sikit..enjoy nikmat Allah, tapi tak SOLAT tanda terima kasih. Kalau dapat hadiah, tau pulak ucap terima kasih?

Sebagai orang islam,
kita yakin, Rukun Islam 5 perkara - Syahadah-Solat-Puasa-Zakat-Haji...tapi? kita cuma pilih2 yang mana rukun kita suka, sepatutnya kita mampu buat, tapi kita pilih untuk TIDAK buat..Ok..itu menunjukkan kelompongan keISLAMan kita
Juga,
kita yakin Rukun Iman 6 perkara - Percaya kepada Allah, Malaikat, Rasul, Kitab, Qada & Qadar dan Hari Akhirat..tapi, ISLAM pun dah lompong kesempurnaannya..IMAN, macam mana ya?

ok..kalau di cop kafir, murtad, musyrik, munafik..marah pulak. Tapi...kat mana ISLAMnya?
ooo..atas IC ada..(-_____-   ")


ok..saya tak layak untuk tanya, tapi Allah layak untuk tanya, dan...
BERSEDIAKAH ANDA MENJAWAB-NYA?

Jom kita sama-sama perbaiki diri, dan baiki azam kita.
Jadikan kita dan zuriat kita MENDIRIKAN SOLAT...
didiklah sebenar-benar didik..

lupakan Hal dunia, harta, kekayaan, kesenangan,shopping, kereta besar, rumah besar, kerja, bisnes....
jika kita TAK MAMPU jaga SOLAT kita kepada ALLAH...

malulah dengan sesungguh-sungguh malu, kerana menggunakan NIKMAT ALLAH setiap hari, setiap SAAT!
tetapi..kita kita tidak ikut suruhan ALLAH yang satu itu..

Kalau lah sesama manusia, kita malu nak join orang yang lebih hebat dari kita, sebab rasa tidak setanding..
TAPI, angkuhnya kita dengan ALLAH..dah lah guna nikmat NYA,enjoy dengan SEMUA NIKMATNYA,..tapi tak malu sebab TAK SOLAT? Angkuh sungguh kita..
SYaitan itu, tidak taat kepada ALLAH kerana tidak akur satu sahaja perintah Allah untuk sujud kepada Adam, tapi kita? setiap hari..5 kali tidak akur setiap hari..


Jom lah kawan-kawan,
kita bersungguh-sungguh,
Kami berjanji untuk didik diri kami dan didik anak-anak cintai SOLAT...cintai ALLAH..sejak kecil hingga mati!

"Ya Allah, permudahkan urusan kami,mendidik anak-anak kami mencintai SOLAT perintah Mu.
dan berilah jua kami kekuatan mendidik orang-orang sekitar kami mendirikan Solat kerana Mu, Ya Allah ".


Bukankah azan itu melaungkan:
Allah Maha Besar
Aku naik Saksi tiada tuhan selain Allah
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah
Marilah SOLAT
marilah MENUJU KEJAYAAN
Allah Maha Besar
Aku naik Saksi tiada tuhan selain Allah

hanya orang yang SOLAT yang MENUJU KEJAYAAN?
tak percaya?
Tanya ALLAH!
(^___^)

so , kalau tak solat, anda tak berjaya sebenarnya!
tak berjaya dunia, tak berjaya akhirat!

anda kaya? tapi hati anda serabut?
anda belajar pandai? tapi hati serabut?
anda selalu enjoy shopping, lepak dengan kawan-kawan,joli, buat hobi..dan macam-macam lagi yang anda suka? tapi hati tetap serabut?

bagaimana SOLAT anda?

dan ada orang tanya pulak,
bagaimana kalau anda DAH SOLAT tetapi anda rasa anda tidak berjaya,
maka, muhasabah balik SOLAT anda.

kalau semua sudah sempurna, don't worry,
hanya tunggu janji Allah yang baik2..
Allah tidak pernah memungkiri janji tau!
(^___^)


nak share sikit pengalaman Wardina Safiyya dengan anaknya, Amna
 -----------------------------------------------
BERBALOI PENAT LELAH KU...
by Wardina Safiyyah OfficialPage on Friday, March 11, 2011 at 8:47pm
Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all
my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th
birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi
dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat
since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is
SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very
important to keep this in mind:-

1) Kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong
signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun
lambat.

2) Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau
tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu
Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) -
lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and
say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her
never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik
cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni
melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik
cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!".

3) Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how
we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita,
bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK
solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua
kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat!
I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will
NEVER miss our solat.....

4) Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask
her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do
it with LOVE diselang seli dgn strictness).

5) Kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak
tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love
her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3
kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar
dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau
TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna
solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for
her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i
wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy
and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi
cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im
sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims
that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the
world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as
how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this is Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak
boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

--------------------------------------------------------------------------



Nota sampingan :

Menyuruh anak solat

18 tips didik anak solat

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...