Kita dan Allah
Sebuah renungan yg sangat bermanfaat...........
1. Jika kita betul2 fokuskan fikiran kita ketika kita berada secara
fizikal di ofis atau makmal kita di univ, sepatutnya kita boleh
menyiapkan dan menyelesaikan kerja2 penting dan utama MSc atau PhD
kita……
2. Sentiasa fokus, fikir dan beri tumpuan kpd perkara2 yg berkaitan dgn MSC dan PhD kita pada waktu di ofis atau makmal…..
3. Jgn kita tertarik utk buat perkara2 lain dlm waktu khusus ini…..Ini
perkara yg paling mencabar terutamanya zaman sekarang…..Bila idea
menulis tak ada, ujikaji sangkut, komputer prog sangkut, kita cenderung
utk buat perkara yg kita suka dan seronok, FB, chit chat, email, melayar
web, ingat anak dan keluarga kat rumah, kat kampong, ingat masalah
keluarga dan negara dan pelbagai tarikan lagi….Kononnya nak cari
ilham…..
4. Islam telah lama latih kita utk belajar fokus ini
melalui Solat yg Khusyuk….Proses mencapai khusyuk dlm solat juga
merupakan usaha berterusan yg perlu kita lakukan dgn menimba ilmu
khusyuk solat….Fokus ini juga mengajar kita untuk menyerahkan urusan
kita benar2 kpd Allah setelah kita berikthiar dan berusaha
melakukannya….
5. Pada pandangan saya, aktiviti2 sampingan FB,
email, chit chat dll ini sebenarnya menjauhkan lagi fikiran kita drpd
memikirkan dan mencari jalan mengenai masalah MSc atau PhD kita…..Kita
sebenarnya cuba lari drpd menghadapi masalah MSc atau PhD kita dgn
mengalihkan fokus dan tumpuan kita kpd perkara yg kita suka buat…..
6. Sedangkan kita semua tahu, fikiran kita pun sama dgn otot fizikal
kita,…perlu diasah dan diperah dgn sungguh2 sebelum dapat
hasilnya…..Jika kita dah betul2 perah fikiran kita utk selesaikan kerja2
MSc atau PhD kita, insya Allah akan kurniakan ilmuNya (utk selesaikan
kerja MSc atau PhD) pada kita melalui minda separa sedar kita.
7.
Ilmu Allah ini atau kita panggil idea ini akan diberikan oleh Allah pada
bila2 masa sahaja (kat Univ, kat rumah, masa masak, masa makan, masa
shopping dll) atas kehendak Allah jua. Pada pengalaman saya idea ini
Allah beri pada masa kita ‘tenang’ spt ketika buat kerja yg kita suka
spt… memasak ke… shopping ke… makan ke…
8. Syaratnya kita dah betul2
perah fikiran kita tadi…Ini semua menunjukkan Kebesaran dan Kekuasaan
Allah utk kurniakan kpd kita pada waktu yg Allah suka, bukan ikut
kehendak diri kita….
9. Perlu kita ingat…spt kita belajar dlm Ilmu
Tauhid…. kita tak boleh paksa Allah beri kita sesuatu ikut kehendak
kita….Kita hanya memohon belas ikhsan drpd Allah kerana kita ini
hambaNya yg dhaif, fakir, jahil lagi lemah….Jgn salah tanggap dan salah
Aqidah dgn kita jadikan Allah hanya semata2 utk memperkenankan hajat2
kita, ….dapat MSc atau PhD, naik pangkat, sembuhkan anak atau ahli
keluarga bila sakit, murahkan rezeki…seolah2 Allah bekerja utk kita….
10. Menerusi Aqidah dan Ibadah yg Benar, kita membina jambatan Cinta
dgn Allah dan Rasulullah SAW…..Bila hubungan Cinta ini telah terjalin
dlm jiwa kita, Allah akan beri kita macam2 walaupun perkara yg tak
pernah kita minta……
11. Jadikan tugas kita spt buat MSc atau PhD ini
sebagai jalan kita mendekati diri kpd Allah….dgn kita memahami dgn
lebih mendalam Kebesaran, Kekuasaan dan Ilmu Allah dlm projek MSc atau
PhD kita….Segala ‘fenoma menarik’ (seringkali kita panggil hukum alam
fizikal) yg bakal kita temui dan ingin dirungkaikan dlm MSc atau PhD
kita adalah bukti kukuh mengenai Kebesaran, Kekuasaan dan Ilmu
Allah….Dan kita bersyukur kpd Allah kita menemuinya, memahaminya dan
menyaksikannya secara jelas….Jgn pula kita melihat kehebatan diri kita
(bersikap Riya’ dan Ujub) dan melupakan Allah bila dapat merungkai
hipotesis MSc atau PhD kita….Semoga kita bertemu Cinta Allah dan lebih
mengenal (Makrifat) Allah melalui kerja2 MSc atau PhD kita ini….
12.
Bersedia utk menerima idea drpd Allah ini, …dan sebagai tanda kita
menghargai idea drpd Allah ini, adalah amat baik kita tuliskan idea yg
dikurniakanNya dlm buku nota kecil atau komputer atau PDA dll asalkan
kita buat cacatan. Skrg ni lagi canggih, boleh guna mobile phone yg ada
mobile word utk tulis. Berdasarkan pengalaman saya, ini adalah amat2
penting dlm masa buat MSc atau PhD….Idea berharga biasanya datang sekali
sahaja dgn kadar yg pantas….Jika tak dicatat kita akan terus lupa….
13. Mencatat idea2 yg dikurniakan Allah ini amat penting dlm setiap
fasa MSc atau PhD, masa buat literature review, ujikaji dan menulis
tesis…Ini kerja berterusan….Jadikan tabiat mencatat idea2 setiap kali
ianya diberikan Allah,…jgn membuat sebarang penilaian dahulu terhadap
idea2 yg datang….catat shj…Ini kerana idea2 ini berguna pada masa ini
atau juga pada masa akan datang…semuanya bergantung kpd pemahaman
kita….Kita tak boleh memahami perkara yg akan datang pd masa sekarang….
14. Akhirnya, kita perlu sentiasa bersyukur kpd Allah terutamanya bila
nak pergi Univ tu….bahawa Allah pilih kita dan beri kita peluang utk
buat MSc atau PhD ini….Perkara ini bukan kebetulan sahaja…..Tidak semua
orang berpeluang spt kita ini utk menyaksikan Kehebatan Ilmu Allah
menerusi Kajian MSc atau PhD yang kita jalankan…..Ini sebaiknya akan
menambahkan Keyakinan kita, Tauhid kita kpd Agama Allah yg dibawa kpd
kita oleh Rasulullah SAW….Percayalah semakin banyak kita bersyukur kpd
Allah, semakin seronok dan tenang jiwa kita menghadapi MSc atau PhD kita
dan menjalani kehidupan kita di dunia ini….
…..Semoga bermanafaat bagi diri saya dan para pembaca yg di Rahmati Allah….
--Dr. Nurdin Jamaluddin
No comments:
Post a Comment