Tuesday, March 2, 2010

"Fun" with mommy, then killed the daughter...Ciss!!!

 
Dear anak kecil ini..Syafia Humairah Sahari...,kami bersedih di atas kematianmu yang tidak diduga begitu sedih caranya..Innalillahi Wainnailaihiraji'un

Al-Fatihah
 




Aku sungguh terkedu..
Sungguh aku sebak tengok front page paper last few days..

Sebelum itu, aku ada terdengar sekilas berita tentang anak kecil itu di TV, terus aku tertanya-tanya and rasa nak amik tahu itu sangat kuat!

Rupanya..Allah lebih menyayangi anak kecil itu..anak yang sebaya dengan anak aku itu, telah di bunuh dengan cara yang K.E.J.A.M !.. MasyaAllah...Laknat Allah ke atas mereka...Bertaubatlah wahai insan..

Saya kesal, sedih, marah dan macam2 lagi persaan tidak setuju dengan ibu, dan so called 'teman lelaki' aka boypren ibu kepada anak kecil itu..

Barangkali, banyak perkara tersirat Allah cuba sampaikan pada kita:
1. Terlalu banyak perkara maksiat berlaku, orang sekeliling tidak ambik peduli. Bila jadi macam nie, terbuka semua aib mereka, bukankah lebih malu? Tapi, aku juga terasa tempias nya sebagai muslim, dan Melayu...Na'uzubillah

2. Kanak-kanak tidek berdosa, selalu menjadi mangsa nafsu amarah, kejam,hasutan syaitan sang 'manusia' (yang tak layak jadi manusia) kerana hasutan dan kawalan syaitan ke atasnya..

3. Antara tanda kiamat kecil...terlalu dekatkah HARI KIAMAT dengan kita? Subhanallah...
Ya Allah, peliharalah kami dari kemurkaan-Mu Ya Allah..

4. Ibu itu, tidak bercerai dengan suami, ada boypren,ada anak,boypren tolong jaga, kena dera sejak lama dahulu, tidak perasanlebam-lebam di badan anak...Isk..Apakah? Sudah ditarik barangkali, perasaan kasih sayang dan kemuliaan seorang ibu dari dirinya..Sehingga begini, baru dia menangis bersedih, marahkan boypren " Dia tak layak hidup di muka bumi"..isk..kenapa baru kini ya? Na'uzubillah..

5.'Jantan' pembunuh itu..Isk..Saya tak sanggup nak ulas..sama kejam pembunuh dalam kejadian anak2 kecil kita yang meninggal dunia dengan cara kejam sebelum ini, seperti adik Nurul Huda, Nurin, dan yang lain-lain termasuk yang bukan muslim..Moga Allah buka pintu hati mereka untuk bertaubat,keran pintu taubat Allah sentiasa terbuka.

** 'Bersuka-suka' dengan ibu..bila marah & tension,bunuh anak nya pula?
Memang...................<--tak sanggup nak komen..

aku sedih, sebak...
Aku terpandang anak-anak aku, moga Allah jauhkan kejadian seumpama itu dari kami,keluarga, sanak saudara, dan umat ISalam yang lain...

Al-FAtihah untuk anak-anak kecil kita yang menjadi korban mereka yang tidak berperikemanusiaan ini..

Mereka menjadi bidadari Syurga di sana..Subhanallah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...