Sunday, March 7, 2010

Siri Cerita panjang, kenapa mesti guna cloth diaper..

Terdapat banyak perbincangan tentang kenapa perlu kita gunakan lampin kain dan berhenti menggunakan lampin pakai buang. Pada masa ini, terdapat banyak artikel di internet tentang isu ini, berikut dihuraikan serba sedikit kenapa kita perlu memilih menggunakan lampin kain. Tapi, fikirkanlah... adakah anda mahu memakai kertas dan plastik, atau memakai kain yang lembut?

 ------------------------
ISU PERTAMA

 ------------------------

Isu Kesihatan Lampin Pakai Buang  : mengandungi bahan kimia sintetik di dalamnya.

* Dioxin - bahan yan terhasil dari proses pelunturan. Kertas yang digunakan bagi menghasilkan lampin pakai buang perlu dilunturkan supaya nampak putih dan bersih.

Dioksin merupakan toksin bersifat karsinogen (menyebabkan kanser) Penggunaannya telah dilarang dibanyak negara.

*Maklumat lanjut tentang kesan dioxin di sini  dan kesan lain ke atas manusia dan Environmental toxicology


* Sodium polyacrylate - Bahan ini dimasukkan ke dalam lampin pakai buang untuk membuatnya menyerap dengan banyak. Ia akan bertukar kepada gel apabila basah. Ia boleh menyebabkan kulit bayi menjadi kemerah-merahan sekiranya lampin lambat ditukar. Dalam kes alahan kronik, ia boleh menyebabkan muntah-muntah, demam serta jangkitan kuman.
Gel ini tidak lagi digunakan dalam pembuatan tampon wanita sejak 1995 kerana dikaitkan dengan Toxic Shock Syndrome.Untuk orang dewasa pun berbahaya,apatah lagi kanak-kanak dan bayi!
Pernah dengar tagline Dispo-diapers: "Bayi lebih kering semalaman dengan lebih bahan kimia berbahaya di dalamnya! "

* TRIBUTYL TIN (TBT) - Di label sebagai environmental pollutant dan sangat toksik. Ia boleh menganggu sistem hormon dan imunisasi badan.
Kita hairan kenapa bayi sekarang tidak menentu emosi & fizikal ( sebab terganggu hormonnya) , dan semakin mudah sakit (lemah sistem imun- daya tahan penyakit), tetapi tidak mencari sebabnya..


 ------------------------
ISU KEDUA

 ------------------------

Kes ruam lampin yang kian meningkat - Menurut Journal of Pediatrics, 54% dari bayi berumur 1 bulan
yang menggunakan lampin pakai buang mendapat ruam lampin. Kajian perubatan lain pula telah mendapati bahawa kes ruam lampin telah meningkat dari 7% ke 78% dari tahun 1955 ke 1991.

Ini dikatakan selari dengan peningkatan penggunaan lampin pakai buang.

Sebab-sebab yang menyebabkan ruam lampin adalah :

1. Alahan -alahan kepada bahan kimia? Mestilah! bahan kimia mungkin tidak berbahaya jika sedikit, seperti juga dadah dalam bidang perubatan.Tetapi, kalau dah hari-hari 24 jam exposed to DANGEROUS CHEMICAL, sendiri mau ingat laa..

2. Kekurangan pengudaraan di dalam lampin & kepanasan - pernah tak anda buka dispo diapers anak anda dan anda tengok punggung dan belakangnya berpeluh? Agak-agak, sejuk macam aircond kah dispo diapers itu,hari-hari pulak tu..isk...saya rimas & kesian..

3.Bayi tidak ditukar lampinnya dengan kerap kerana bayi tidak merasai kebasahan sebagaimana memakai lampin kain. Ia adalah bahaya kerana membiarkan bayi memakai lampin yang sama sehingga berjam-jam akan menyebabkan bakteria bertindakbalas dengan ammonia dalam air kencing, dan menyebabkan ruam lampin.
~ Pernah pakai baju basah peluh,atau baju terkena busuk hancing kencing anak anda berjam-jam?Tak suka? Bagaimana lah anak anda yang kecil itu nak beritahu anda yang dia tidak suka?..anda perlu lebih memahami dia..


 ------------------------

ISU KETIGA

 ------------------------

 Lampin Pakai Buang juga dikaitkan dengan Asma (lelah) & Mandul.

Satu kajian yang dijalankan di Jerman pada tahun 2000 telah mendapati bahawa lampin pakai buang menaikkan suhu sekitar skrotum (buah zakar bayi lelaki anda!) dan boleh menjadi punca rosaknya mekanisma penyejukan yang semulajadi. Ia boleh memberi kesan kepada kesuburan pada masa akan datang!.

------------------------

ISU KEEMPAT

 ------------------------



 
Image by Daryl

Isu Alam Sekitar

Lebih dari 27 juta lampin pakai buang sampai ke tempat longgokan sampah di serata dunia. Sehelai lampin pakai buang mengambil masa sehingga 500 tahun untuk mereput dengan sendirinya. Di rumah yang mempunyai anak kecil, lampin pakai buang menyumbang 50% dari keseluruhan sampah yang dikeluarkan dari rumah itu.Pernah tak buang sampah 3 hari? sampah apa paling banyak?

Lampin pakai buang akan mencemarkan air dan menyebabkan penyakit apabila terkumpul dengan banyaknya di tempat longgokan sampah. Lampin pakai buang menggunakan banyak bahan mentah bagi menghasilkannya, termasuk pokok yang menghasilkan kertas, serta bahan kimia bagi menghasilkan plastik.



------------------------

ALTERNATIFNYA

 ------------------------

Lampin Kain ternyata lebih mesra alam dan mesra bayi (juga mesra wang dalam poket anda). Kos Wang adalah faktor penting yang perlu diambilkira semasa memilih sistem bagi menggunakan lampin kain. Penggunaan lampin pakai buang merupakan kos berterusan dan sangat mahal apabila dicongak balik, lebih-lebih lagi bagi keluarga yang mempunyai lebih dari seorang anak kecil yang memakai lampin.

Penjimatan kos dengan menggunakan lampin kain dapat dilihat dalam perbandingan di bawah:  

Kos bagi lampin pakai buang

Anak anda menggunakan 7 lampin pakai-buang sehari pada kos RM0.60 setiap satu 
RM0.60 X 7=RM4.20 sehari 
RM4.20 X 365 hari=RM1533 setahun 
RM1533 X 3 =RM4599 untuk 3 tahun 

Kos menggunakan lampin kain 

Sehelai lampin : RM25 Beli 12 helai: 12 X RM25 =RM300
Beli 12 helai yg mahal : 12 X RM49 =RM588
(lebih banyak lampin, lebih tahan lama kerana lambat lusuh)so, kendian2..boleh tambah sikit2 stok...
Kos kekal sepanjang 3 tahun & boleh menggunakan lampin yang sama sekiranya ingin menambah ahli keluarga.

Fikir-fikirkanlah semua fakta ini, tatkala menyarungkan disposable diaper kepada anak anda...

update:  entry ni ditulis ketika saya baru ada anak sorang..sekarang, anak ketiga saya mewarisi cloth diaper kakak sulung nya...still ada 1-2 yg rosak, standard la...baju pun lama2 buruk, koyak, lusuh kalu hari2 belasah...tapi Alhamdulillah, kami jimat lebih hampir 10 k tau...10 k sbb anak berderet bersambung2 pakai disposable, dlm 5 tahun!...

maka, buat keputusan bijak!
tak perlu susah2 tension pikir nk tukar terus, start sikit2 dulu..maybe weekend, maybe siang je ke..mlm je ke..moga kta Istiqamah dlm melakukan kebaikan.. (^_____^)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...