Monday, November 24, 2014

Belajar mengaji Alquran sejak 4 tahun

Anak lelaki kena Switch off TV, puji selalu dan bagi ganjaran kecil, PASTI mahu belajar mengaji

anakbelajarquran-setbukufurqan
Anak saya, Taqiy 5 tahun 4 bulan, mengaji buku 1 alfurqan.
Sebenarnya since 4 tahun lebih akak dah mula ngajar, tapi seperti dijangka dengan anak lelaki ni, memang susah nak suruh duduk, mengajar pun sambil dia melompat, sambil dia main cak-cak ,tapi mulut sebut juga. Mata kelain, rasa macam mama jadi cikgu sorang-sorang.tapi stay positif ok, hehe.
Bila abah  ajar kakaknya 8 tahun membaca Alquran, baru dia sibuk duduk sebelah nak membaca juga, tapi main aci selak je muka surat dia nak baca. Tapi takpe, kita beri kelonggaran dulu, yang penting ada perasaan seronok ,dia nak duduk sekejap, buka Alfurqan , sebut, tunjuk, walaupun nampak main-main.sekejap je awal-awal tu 1-2 minit je nak duduk.
Dah masuk 5  tahun + + ni,baru dia boleh duduk lama sikit, siap hari-hari tanya, minta mama ajar dia nak belajar
( sebab mama janji nak hadiah mini lego Optimus Prime kalau boleh baca sampai habis buku 1 sendiri..hehe)
anakbelajarquran-setbukufurqan2
Pada mulanya, dia nak belajar ngaji,tetiba adik dia switth on tv.
Nampak mulut tu sebut, tapi mata kejap tengok buku,kejap jeling tv.



Lepas rehat seminit, tutup tv, baru restart session, baru nampak fokus membaca balik.mama ajar dan puji dan dia ikut, dan ulang serta test simple random je tanda dia faham, bukan menghafal.

Nampak riak muka tu, emosi seronok belajar makin flat dan menurun.Tapi, bila mama respon dan puji atas usaha dia kumat kamit cuba ingat, sebut dan tunjuk tu,baru nampak  happy balik,sipu-sipu senyum sebab suka. (^_^)
Last sekali, jgn lupa sebut: Alhamdulillah,syukur wahai Allah sebab bagi anak mama pandai mengaji hari ini.
Anda berminat nak didik anak mengaji sendiri? 

Set Alfurqan asas ini, tulisan besar mulanya, dan makin mengecil untuk buku–buku seterusnya ,memudahkan anak fokus dan rasa seronok sebab cepat habis satu-satu muka.
 RM30 aje satu set 4 buku dgn VCD nasyid.tidak termasuk kos pos.




—————–

Nak Order? Beritahu Kod””ALFURQAN” 

Whatsapp saya Pn.Hanis di 011-32334843

Atau, message di inbox terus je:
Facebook.com/Smileybearshop/messages




Tuesday, July 17, 2012

macam mana ye nak download font ke computer anda?




nak share sikit boleh?

nak share sikit tutorial install fonts kat computer anda...hehe,,,
untuk beginner aje ye..sbb ramai tanya and mintak tips, camne nak guna font comel2 selain yang ada dalam computer itu..jawapannya, download free aje..kat link bawah ni  ada byk yg hensem2

http://www.urbanfonts.com/free-fonts.htm

atau, boleh je google "free fonts download"
download kan mana-mana font yg berkenan, dan open as zip file
kalau computer takde program zip file, download yg free punya jugak, sebelum download font file tu :)

cara-cara install font, refer image atas utk lebih faham (klik gambar untuk tumbesaran)

1.mula-mula buka My comp > windows > fonts
2. buka zip file font tadi
3. drag aje file dgn extension belakanggnya ada .ttf  (jenis True Type Font~ maaf dlm gambar tu tulis TFT pulak...huhu)  ke folder window fonts tadi..it will  automatickly install . Saya guna window 7, if lower version, maybe dia akan tanya install /not dulu.

boleh terus guna kat words,photoshop, etc
if tak boleh, try restart computer dulu
if tak boleh jugak, sila google sendiri cara troubleshoot lain :P

Monday, June 18, 2012

Busines Online : Dropship tidak halal?

Ada pulak orang kondem, busines online or dropship ni MENIPU, BERDOSA, HARAM...
Na'uzubillahiminzalik,




credit image here




sebelum menjatuhkan hukum, sudahkah anda cek maklumat daripada pakar perniagaan Islam?
atau, adakah anda latar belakang specific dalam bidang Muamalat Islam, bukan sekadar dengar2 ceramah-ceramah kat surau and masjid, mengaku alim dan boleh jatuhkan hukum sesuka hati.?
atau...anda dah jenuh korek info sana sini, beli buku sana sini.baca macam-macam...takde pun sebut perniagaan internet ni Halal?
 kawan-kawan, pastikan anda kukuh ilmu di dada, sebelum nak berhujah dan jatuhkan hukum ye...(^___^)



banyak kemusykilan yang peniaga-peniaga online risaukan tentang perniagaan online, seperti dropship, jadi agent produk dan lain-lain yang berteraskan jual beli di internet ...

perniagaan internet ye...bukan pelaburan internet...
pelaburan internet, memang saya tak layan..hehe

kalau anda perasan, saya telah menjalankan perniagaan secara online sejak 2008 di blogshop http://smileybear2u.blogspot.com  sudah hampir memasuki usia 4 tahun,perniagaan saya masih berjalan secara kelajuan sederhana..hehe..belum laju melampau sebab part time, insyaAllah full time, kena full speed macam ferrari lepas Syawal 2012 neh..Amin!.oh ye, boleh jugak cek di facebook fanpage: Smiley Bear Shop


kepakaran saya adalah membantu anda menjimatkan ribuan RM anda..dengan memakaikan anak anda, lampin kain moden /cloth diapers, iaitu lampin pakai+basuh....(^____^) dan membantu ibu bapa membesarkan anak riang dan gembira, dan bijak melalui pendidikan awal secara riang gembira melalui tools atau buku bersesuaian  d(^____^)b

sudah lama tak sembang2 pasal cloth diaper, nanti saya celoteh lagi

kali ni, nak kongsi artikel ustaz Zaharudin, pakar ekonomi Islam di Malaysia..boleh tengok di facebook nya
, list latar belakang dia sebelum nak kondem ilmu perniagaan Islam dia. (^___^)..
selama ini, Alhamdulillah...hampir semua maklumat perniagaan berteraskan Islam, saya refer pakar..dialah pakar saya..hehe..Bukan calang-calang orang hokehh...meh nak list sikit background dia, kot ada orang komen..."eleh..kat internet bukan boleh percaya"

okehh..kalu anda malas nak membaca artikel dia, pegi la ikut ceramah and talk dia..kalu sempat..


nie background dia:


Ustaz Dr Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
----------------------------------
Personal information
Sekarang

* Assistant Professor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

* Board Member, IIUM Institute of Islamic Banking & Finance (IIiBF)
* Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Rajhi Bank & Corporation Berhad
* Ahli, Majlis Penasihat Shariah, ACR ReTakaful Berhad
* Panel Shariah, JAKIM
* Konsultan Shariah, UEM Land Berhad
* Penasihat Shariah & Board Member, Al-Naqiy Islamic Solution Sdn Bhd, Global Islamic Advisory & Consultancy
* Penasihat Shariah, Yasmin Holdings Group Sdn Bhd
* Penasihat Shariah, Storm Readers Sdn Bhd
* Penerima Anugerah Media Islam Negara Ke3, Laman Web Islamik terbaik
* Associate Lecturer, The Markfield Institute of Higher Education, United Kingdom
* Kolumnis Majalah Solusi, (Ruangan Fiqh Muamalat) terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
* Kolumnis, Majalah I, Terbitan Karangkraf Sdn Bhd
* Kolumnis, Majalah fardhu 'Ain terbitan Kalimah Cinta sdn Bhd
* Kolumnis Majalah Iktisad, terbitan Yayasan Muslimin Berhad

Kelulusan

* B.A ( Hons) , Usuluddin, Universiti Malaya dan
* M.A, Shari'ah (Hons) , Univ. Al-Yarmouk, Jordan
* PhD, Syariah & Islamic Finance, Univ of Wales, United Kingdom
* Ijazah Ilmiah dari Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradawi
* Tawliah Berceramah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Ruj : pmwp/600/2klt.6
* Tawliah Ceramah , Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


Pengalaman

* Kolumnis Ruangan An- Nur, Akhbar METRO AHAD
* Kaunselor Shariah, Ingress Corporation Bhd
* Felo Akademi, Pusat Kajian Modeniti & Masyarakat Madani
* Kolumnis, RHB ISLAMIC Speaks, NST Business Times
* Pengurus Kanan, Shariah Compliance Department, RHB ISLAMIC Bank Berhad
* Setiausaha Majlis Penasihat Shariah, Asian Finance Bank Bhd ( Anak Syarikat Qatar Islamic Bank)
* Penasihat Shariah Luaran, RHB Islamic Bank Berhad
* Ahli, Konsultan Shariah, Standard Chartered (Sadiq) Bank (Malaysia) Berhad
* Pengerusi Majlis Penasihat Shariah, OSK Investment (Islamic) Bank Berhad
* Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Deutsche (Islamic) Bank, Malaysia
* Pensyarah Sambilan, (mengajar subjek Fiqh Muamalat dan Usul Fiqh) European Institute of Human Science, Wales, UK

Sekarang

* Assistant Professor, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
* Kolumnis, Majalah I, Terbitan Karangkraf Sdn Bhd
* Kolumnis Ruangan An- Nur, Akhbar METRO AHAD
* Kolumnis Majalah Iktisad, terbitan Yayasan Muslimin Berhad
* Kolumnis Majalah Solusi, (Ruangan Fiqh Muamalat) terbitan Telaga Biru Sdn Bhd
* Ahli Majlis Penasihat Shariah, C & S Consulting & Investment Ltd, Trinidad ( Bersama Prof. Dr Monzer
* Ahli, Majlis Penasihat Shariah, Standard Chartered saadiq Malaysia Berhad
* Penasihat Shariah, Siraj Capital Ltd, Jeddah
* Penasihat Shariah, Yasmin Holdings Group Sdn Bhd
* Konsultan Shariah & Perbankan Islam, Furqan Islamic Finance Group, Dubai
* Penasihat Shariah, Storm Readers Sdn Bhd
* Penerima Anugerah Media Islam Negara Ke3, Laman Web Islamik terbaik
* Associate Lecturer, The Markfield Institute of Higher Education, United Kingdom

Kelulusan

* B.A ( Hons) , Usuluddin, Universiti Malaya dan
* M.A, Shari'ah (Hons) , Univ. Al-Yarmouk, Jordan
* PhD, Syariah & Islamic Finance, Univ of Wales, United Kingdom
* Tawliah Berceramah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Ruj : pmwp/600/2klt.6
* Tawliah Ceramah , Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)


-------------------------------------------

okes..
nak kongsi link artikel dia, tak rajin sangat nak kopipes..

artikel beliau tentang busines dropship:
Pinjam dan jual / ambil untung / komisyen wakil


artikel tentang jualan untung lebih dari harga pasaran


---------------------------------------------------------------------

dan tidak lupa ustaz Azhar Idrus kesayanagn ambo jugak..
video komen beliau tentang busines di internet




moga sama-sama kita memperoleh ilmu busines secara islamic..untuk ingatan kepada diri, dan kita semua.
kita usaha giat sikit untuk mencari maklumat, semua di hujung jari aje..

jangan nk mudah kerja, tunggu suap aje...
orang lain makin maju, kita sibuk mencari alasan ..tapi jeles bila orang makin maju..

nak solat pun, kena bergerak nak bersihkan diri, nak wudhuk, nak buat gerakan solat,
apatah lagi nak mencari ilmu ni..kena cergas sikit membaca...
or join majlis ilmu

Its all about take action! (^____^)


Tuesday, May 8, 2012

Kita dan Allah

Sebuah renungan yg sangat bermanfaat...........

1. Jika kita betul2 fokuskan fikiran kita ketika kita berada secara fizikal di ofis atau makmal kita di univ, sepatutnya kita boleh menyiapkan dan menyelesaikan kerja2 penting dan utama MSc atau PhD kita……

2. Sentiasa fokus, fikir dan beri tumpuan kpd perkara2 yg berkaitan dgn MSC dan PhD kita pada waktu di ofis atau makmal…..

3. Jgn kita tertarik utk buat perkara2 lain dlm waktu khusus ini…..Ini perkara yg paling mencabar terutamanya zaman sekarang…..Bila idea menulis tak ada, ujikaji sangkut, komputer prog sangkut, kita cenderung utk buat perkara yg kita suka dan seronok, FB, chit chat, email, melayar web, ingat anak dan keluarga kat rumah, kat kampong, ingat masalah keluarga dan negara dan pelbagai tarikan lagi….Kononnya nak cari ilham…..

4. Islam telah lama latih kita utk belajar fokus ini melalui Solat yg Khusyuk….Proses mencapai khusyuk dlm solat juga merupakan usaha berterusan yg perlu kita lakukan dgn menimba ilmu khusyuk solat….Fokus ini juga mengajar kita untuk menyerahkan urusan kita benar2 kpd Allah setelah kita berikthiar dan berusaha melakukannya….

5. Pada pandangan saya, aktiviti2 sampingan FB, email, chit chat dll ini sebenarnya menjauhkan lagi fikiran kita drpd memikirkan dan mencari jalan mengenai masalah MSc atau PhD kita…..Kita sebenarnya cuba lari drpd menghadapi masalah MSc atau PhD kita dgn mengalihkan fokus dan tumpuan kita kpd perkara yg kita suka buat…..

6. Sedangkan kita semua tahu, fikiran kita pun sama dgn otot fizikal kita,…perlu diasah dan diperah dgn sungguh2 sebelum dapat hasilnya…..Jika kita dah betul2 perah fikiran kita utk selesaikan kerja2 MSc atau PhD kita, insya Allah akan kurniakan ilmuNya (utk selesaikan kerja MSc atau PhD) pada kita melalui minda separa sedar kita.
7. Ilmu Allah ini atau kita panggil idea ini akan diberikan oleh Allah pada bila2 masa sahaja (kat Univ, kat rumah, masa masak, masa makan, masa shopping dll) atas kehendak Allah jua. Pada pengalaman saya idea ini Allah beri pada masa kita ‘tenang’ spt ketika buat kerja yg kita suka spt… memasak ke… shopping ke… makan ke…

8. Syaratnya kita dah betul2 perah fikiran kita tadi…Ini semua menunjukkan Kebesaran dan Kekuasaan Allah utk kurniakan kpd kita pada waktu yg Allah suka, bukan ikut kehendak diri kita….

9. Perlu kita ingat…spt kita belajar dlm Ilmu Tauhid…. kita tak boleh paksa Allah beri kita sesuatu ikut kehendak kita….Kita hanya memohon belas ikhsan drpd Allah kerana kita ini hambaNya yg dhaif, fakir, jahil lagi lemah….Jgn salah tanggap dan salah Aqidah dgn kita jadikan Allah hanya semata2 utk memperkenankan hajat2 kita, ….dapat MSc atau PhD, naik pangkat, sembuhkan anak atau ahli keluarga bila sakit, murahkan rezeki…seolah2 Allah bekerja utk kita….

10. Menerusi Aqidah dan Ibadah yg Benar, kita membina jambatan Cinta dgn Allah dan Rasulullah SAW…..Bila hubungan Cinta ini telah terjalin dlm jiwa kita, Allah akan beri kita macam2 walaupun perkara yg tak pernah kita minta……

11. Jadikan tugas kita spt buat MSc atau PhD ini sebagai jalan kita mendekati diri kpd Allah….dgn kita memahami dgn lebih mendalam Kebesaran, Kekuasaan dan Ilmu Allah dlm projek MSc atau PhD kita….Segala ‘fenoma menarik’ (seringkali kita panggil hukum alam fizikal) yg bakal kita temui dan ingin dirungkaikan dlm MSc atau PhD kita adalah bukti kukuh mengenai Kebesaran, Kekuasaan dan Ilmu Allah….Dan kita bersyukur kpd Allah kita menemuinya, memahaminya dan menyaksikannya secara jelas….Jgn pula kita melihat kehebatan diri kita (bersikap Riya’ dan Ujub) dan melupakan Allah bila dapat merungkai hipotesis MSc atau PhD kita….Semoga kita bertemu Cinta Allah dan lebih mengenal (Makrifat) Allah melalui kerja2 MSc atau PhD kita ini….

12. Bersedia utk menerima idea drpd Allah ini, …dan sebagai tanda kita menghargai idea drpd Allah ini, adalah amat baik kita tuliskan idea yg dikurniakanNya dlm buku nota kecil atau komputer atau PDA dll asalkan kita buat cacatan. Skrg ni lagi canggih, boleh guna mobile phone yg ada mobile word utk tulis. Berdasarkan pengalaman saya, ini adalah amat2 penting dlm masa buat MSc atau PhD….Idea berharga biasanya datang sekali sahaja dgn kadar yg pantas….Jika tak dicatat kita akan terus lupa….

13. Mencatat idea2 yg dikurniakan Allah ini amat penting dlm setiap fasa MSc atau PhD, masa buat literature review, ujikaji dan menulis tesis…Ini kerja berterusan….Jadikan tabiat mencatat idea2 setiap kali ianya diberikan Allah,…jgn membuat sebarang penilaian dahulu terhadap idea2 yg datang….catat shj…Ini kerana idea2 ini berguna pada masa ini atau juga pada masa akan datang…semuanya bergantung kpd pemahaman kita….Kita tak boleh memahami perkara yg akan datang pd masa sekarang….

14. Akhirnya, kita perlu sentiasa bersyukur kpd Allah terutamanya bila nak pergi Univ tu….bahawa Allah pilih kita dan beri kita peluang utk buat MSc atau PhD ini….Perkara ini bukan kebetulan sahaja…..Tidak semua orang berpeluang spt kita ini utk menyaksikan Kehebatan Ilmu Allah menerusi Kajian MSc atau PhD yang kita jalankan…..Ini sebaiknya akan menambahkan Keyakinan kita, Tauhid kita kpd Agama Allah yg dibawa kpd kita oleh Rasulullah SAW….Percayalah semakin banyak kita bersyukur kpd Allah, semakin seronok dan tenang jiwa kita menghadapi MSc atau PhD kita dan menjalani kehidupan kita di dunia ini….

…..Semoga bermanafaat bagi diri saya dan para pembaca yg di Rahmati Allah….

--Dr. Nurdin Jamaluddin

Tuesday, April 10, 2012

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...