Showing posts with label blogging tips. Show all posts
Showing posts with label blogging tips. Show all posts

Tuesday, July 17, 2012

macam mana ye nak download font ke computer anda?




nak share sikit boleh?

nak share sikit tutorial install fonts kat computer anda...hehe,,,
untuk beginner aje ye..sbb ramai tanya and mintak tips, camne nak guna font comel2 selain yang ada dalam computer itu..jawapannya, download free aje..kat link bawah ni  ada byk yg hensem2

http://www.urbanfonts.com/free-fonts.htm

atau, boleh je google "free fonts download"
download kan mana-mana font yg berkenan, dan open as zip file
kalau computer takde program zip file, download yg free punya jugak, sebelum download font file tu :)

cara-cara install font, refer image atas utk lebih faham (klik gambar untuk tumbesaran)

1.mula-mula buka My comp > windows > fonts
2. buka zip file font tadi
3. drag aje file dgn extension belakanggnya ada .ttf  (jenis True Type Font~ maaf dlm gambar tu tulis TFT pulak...huhu)  ke folder window fonts tadi..it will  automatickly install . Saya guna window 7, if lower version, maybe dia akan tanya install /not dulu.

boleh terus guna kat words,photoshop, etc
if tak boleh, try restart computer dulu
if tak boleh jugak, sila google sendiri cara troubleshoot lain :P

Wednesday, January 18, 2012

Servis penghantar Susu Ibu. Memang terbaik!

Kalau la Malaysia ada servis macam ni, rasanya mat-mat dispatch boleh add on service diorang..takde la busan je hantar surat..hehe

----------------------------

 ‘Servis penghantar susu ibu’


2012/01/19 
Sumber : Berita Harian

SEORANG pekerja, Lenny Rukiya Tampubolon (kanan) menyerahkan susunya kepada kakitangan penghantaran sebelum diserahkan kepada bayinya di Jakarta, semalam.
SEORANG pekerja, Lenny Rukiya Tampubolon (kanan) menyerahkan susunya kepada kakitangan penghantaran sebelum diserahkan kepada bayinya di Jakarta, semalam.
Syarikat sedia khidmat penghantaran pastikan bayi dapat khasiat terbaik

JAKARTA: Febby Kemala Dewi kembali bekerja di firma perakaunan Jakarta selepas tiga bulan menghabiskan cuti bersalin tetapi seperti ramai ibu baru, dia terpaksa mengimbangi kehidupan bekerja dan rumah terutama memastikan bayinya terus menyusu badan.
Enggan menghentikan penyusuan badan selain tidak mampu mengepam secukupnya untuk sepanjang hari dari pagi sebelum ke tempat kerja dan sangsi memberikan bayinya selain susu segar, beliau mendapatkan perkhidmatan yang unik di Jakarta, penghantaran susu ibu menggunakan motosikal.
“Saya perlu bekerja tetapi pada masa sama saya perlu menyusukan anak,” kata Dewi ibu kepada Ashalina Putri, lapan bulan.

Perunding teknologi maklumat berusia 29 tahun itu mengepam susu badannya di pejabat di tengah Jakarta dan penghantar mengambil botol susu ketika waktu makan tengahari.

Susu dimasukkan ke dalam beg tahan kedap udara dan diletakkan di dalam beg sandang sebelum penghantar menghantar susu itu dalam tempoh 45 minit hingga sejam melalui kesesakan Jakarta untuk menghantar susu kepada ibu Dewi yang mengasuh bayinya.

Ekonomi Indonesia berkembang pesat di Asia selain China dan India, dengan jumlah wanita bekerja mencecah 40 juta orang pada 2009, menurut Kementerian Pembangunan Wanita.
Ini turut meningkatkan jumlah ibu bekerja. Perkhidmatan itu dilancarkan pada 2010 oleh Fikri Nauval.

Pemilik perniagaan dokumen perkapalan dan kargo yang mendapat ilham daripada isterinya selepas menggunakan khidmat penghantar untuk menghantar susu badan ke rumah selepas kembali bekerja.

Dia mengenakan 30,000 hingga 40,000 rupiah (RM10.25 hingga RM13.70) satu penghantaran, sambil mengesan keadaan kesesakan lalu lintas dan laluan terbaik untuk pemandu motosikal mengguna peta GPS dalam komputer.

“Saya mahu membantu negara ini membina generasi lebih baik dengan membantu ibu bekerja menghantar susu badan untuk bayi di rumah,” kata Nauval, 40, yang percaya khasiat susu ibu tidak dapat digantikan dengan susu tepung.

Jumlah wanita yang berbuat demikian jatuh kepada 38 peratus pada 2007, kata pakar kanak-kanak yang juga perunding susu ibu, Yulianto Santoso Kuniawan.

Kebanyakan ibu menerima maklumat mempromosikan susu formula atau sampel ketika masih berada di hospital selepas bersalin tetapi Kurniawan berkata, hospital perlu mempromosi susu badan terutama bagi meningkatkan daya tahan badan bayi secara semula jadi. – Reuters

Friday, December 17, 2010

cara letak 'Linkwithin'

Kawan-kawan..

Alhamdulillah..ada orang baru bakal tiba..due nya bulan June 2011

 disebabkan alahan tahap momentum peringkat ke lapan 18,maka :
pening+loya+muntah+tak lalu makan+bleeding+ bla-bla-bla..

harus la emotion ku swing tahap typhoon speed 300km sejam...disebabkan itu juga bersawang la blog ini...huhu
sekarang dah ok sikit, bleh la berblog, sambil blog-hop..Ngeeeee~


tapi, ini ada blogging tips baik punya, i found out at Puan Sue's blog

pic credit to Puan sue


ini la ghupanya 'Linkwithin' tu, yang kita leh nampak thumbnail, and link to our previous related entry.
aku suka gadget nie, maka tercari2 cara meng'install' nya...

kacang je..

sila jenguk blog Puan Sue tu ye untuk tutorial yang detail...
credit to her..thanks banyak2..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...