Showing posts with label Contest Saya mahu iPad. Show all posts
Showing posts with label Contest Saya mahu iPad. Show all posts

Thursday, March 3, 2011

Saya mahu invite lebih ramai orang join contest iPad free dari Mysuperkids

Kawan-kawan.

aku ada berita best giler nak share, berita tentang dapat benda idaman, benda yang menjadi igauan hampir semua pecinta teknologi bergerak pantas (kalau tak semua pun..hehe).

Sabda Rasulullah s.a.w. maksudnya :

"Sampaikanlah dari aku walaupun satu ayat, ..."
(Hadis Riwayat Bukhari)

di saat ini, aku juga berhajat menunaikan hajat orang lain,
macam orang yang mengharapkan derma barang seringgit dua...tapi tatkala ada hamba Allah yang tertiba sedekah RM1 ribu selambe je kat tapak tangan orang itu, mau melompat cecah siling orang itu..


namun aku pasti , hajat besar yang turut sama menjadi impian aku, sama je dengan hajat orang lain ...

Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, 

seperti sabda Nabi s.a.w.:

"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…"  

(Riwayat Muslim)

jika sebelum ini, aku hanya asyik sebut "teringin nyaaa ...", " bestnya kalau...", "isk, kalau la..." dalam nada-nada penuh pengharapan-sampai-lupa-ingatan-sekejap...


namun aku cepat-cepat istighfar.

Astaghfirullahhal'azim...


hebat betul angan-anagn aku itu, sampai termimpi-mimpi dok godek info kat tenet, 
terngigau-ngigau taip kat google...
termimpi-mipi ada special ocaasion sempena berjayanya aku dpt hadiah impian aku tu..
melampau betul!


tapi...aku wajib ingat
angan-angan setinggi 7 petala langit, kalau aku jauh dari Allah, aku lupa kepadanya..apakah rezeki itu aku yang men-confirm-kan dalam mendapatkannya?
Teeetttttttt !
for sure not!

Allah jua MAHA MEMBERI..
maka, cepat-cepat aku mohon apa-apa pun melaluinya...
bukan melalui orang tengah, 
bukan melalui orang dalam, mahupun kabel kuat yang keje gomen mahupun swasta....,,hehe

tapi, melalui 'orang atasan' - yakni Allah.. 
melalui 'orang dalam' - yakni rasa kehambaan kepada Allah dalam diri sendiri

Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.



Maka,

aku kena buat kebajikan banyak-banyak..

baru Allah turunkan kebajikan-Nya ke atas aku..
 
Ibnu Abbas berkata:

"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."



Maka, dengan ini...
aku berhajat,
aku nak menang Ipad dari MySuperkids.net..


 


so, aku mahu invite seramai mungkin manusia kat dunia maya ini, untuk join Menang IPad daripada Mysuperkids...
semoga dengan berjuta-juta traffic ,
dan juta-juta contestant yang aku invite masuk melalui entry aku ini,
ke pertandingan menangi iPad daripada mysuperkids..

maka, berjuta-juta jua peluang murah rezeki aku daripada Allah, untuk aku menang satu...
sebab katanya, ada dua ipad...
kalau aku menang satu pun, jadi laaa..
lagi satu..aku kasik peluang kat korang untuk menang...
muahahaha...

so, apa yang aku mahu sebenarnya?
macam pusing-pusing je entry aku nie..

ok la...gini di shortform kan cerita,
korang join lah  





buat entry mudah je..
tak payah blog glemer ribu2 follower, hatta juta-juta subscriber..
mahupun ada juta-juta lemon friends list kat facebook,
mau pun sefofular Fazura, Fasha Sandha..mahupun Aaron Aziz, Nabil atau dato's Siti Nurhaliza...
hehehhe
kalau blog baru create 2-3 minit lepas pun boleh masuk...
janji,ikut syarat super-senang kat bawah..



----------------------------
"Seperti yang anda pun tahu, saya (Mommy Lynna from Mysuperkids)  nak menghadiahkan Apple iPad Original (bukan China Clone, Jailbreak mahupun terpakai) untuk pembaca bertuah MySuperKids. Bagi memudahkan kerja juri (yang belum dilantik/dipilih lagi), saya bercadang untuk menghadkan jumlah peserta; walaupun tadek la ramai yang daftarkan nama pun, huhu.
Untuk audition ni, peserta hanya perlu tulis artikel berkaitan “Saya Mahu….. Dari Blog…..”. Sebagai contoh,
  1. “Saya Mahu Ilmu Dari Blog SaifulIslam”,
  2. “Saya Mahu Trafik Dari Blog Redmummy” atau
  3. boleh jugak “Saya Mahu iPad Dari Blog MySuperKids”, hehe.
Anda boleh “Mahu” apa saja, hatta bende tak logik pun; ala-ala fantasi gitew. Dan “dari” mana-mana blog, tak semestinya dari blog MySuperKids nie. Justeru, anda boleh tonjolkan kreativiti anda almost tanpa sepadan (PERINGATAN: benda2 terlarang di haramkan sama sekali)."
---------------------------------------



gitu je? 
yee..kalau susah sangat, sape nk join kan?kan? kan?
pastu, paaaaaling penting, hujung entry anda tu..MUSTI...eh..MESTI ada..caption dibwah, siap dgn link2 tu sekali..


------------------------------
" Last but not least, setiap akhir artikel tolong letakkan ayat (beserta hyperlink yang juga sudah ditetapkan) + (bold & italic) di bawah:

Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack
 ------------------------------




gitu je? ..
yeeeeeeeeeeeeeeee...

pastu, masuk link blog empunya contest tu, DI SINI, tinggal komen kat bawah entry tu, 

sebagai syarat submit entry korang...
sila cek ye comment appear or tidek..
kalu tidak, submitt lagi, or...hantar je email direct ke owner blog tu..


Untuk pengetahuan korang..

blog mommy lynna nie, walaopun nick name dia is 'mommy'...

dia punya entry, merangkum pelbagai topic wooo..
mugkinkah disebabkan dia seorang puan engineer di Petr***s...maka...fikirannya bersifat global jugak?


ada entry dia pasal cara buat duit dalam saham, hartanah, emas...bla-bla-bla , semunya bab duit dalam bahasa mudah nak paham oleh kita-kita nie..
ada entry pasal kesihatan,
pasal aktiviti kekeluargaan,
bisnes..
macam-macam la..

tengok la print screen category archive dia..




 klik gambar utk ke link page archive dia...


kalau korang dok merungut tak cukup 24 jam sehari..sbb keje kat opis banyak.
korang kira la berapa keje dia buat...
keje engineer..
anak dua, sorang tu pulak  OKU-tapi-hensem-lagi cergas-tak-macam-OKU,
pastu nie tgh preggy nak masuk anak ketiga,
without bibik di rumah hokayyyyy...
marbelessss...
fabulous bak kata Kimora Lee Simmons...eheeee..






Sila..sila join...
kalau korang nak menang Ipad free, tak payah susah2 beli ribu riban kat kedai...
free hokayyyyy..
walaopun Apple baru je launch Ipad 2..


mana tau, tetiba mommy lynna ni bagi hadiah Ipad 2 tu..
dia banyak duit, suka hati dia nak beli yang mana pun untuk jadikan hadiah..
yang pasti, dia tak tipu, 
nak bagi hadiah ipad..
lagipun, syarat2 dia senang sangatttttt....

yang pasti, ini contest original tau...bukan hype or tipu or scam..
tak caya, boleh kontek personal email mommy lynna tu...


kalau tak caya sangat, pi jumpa dia face to face..
pastu baru korang buat entry contest..huhuh..
ye la...skrang kan banyak scam..kena hati-hati...




Jomm....pakat-pakat try nasib nak menang Ipad from Mysuperkids...
 Sesiap yang rasa, invitation i nie menipiskan peluang u all menang hadiah iPad tu,
maaf ye...menang kalah, adat pertandingan..
dan hebat mana pun kita, Allah jua penentu rezeki kita kan?


so, jangan kedekut ilmu / peluang / rezeki..

ajak lagi ramai2 join contest..

kalau dah join, baru bleh berangan ada harapan nak menang..
Macam calon-calon nya pertandingan ABPH tu..hehe..ingat senang nak jadi calon?
macam jadi calon menantu kepada bakal mak-pak mertua super-garang...hihi..
kalau dok diam-diam..
tak payah berangan, 
pi beli sendiri je..hehe




 




Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack

Tuesday, February 22, 2011

Saya mahu rajin renovate rumah sendiri macam depa nie dari Blog Young House Love

Sape suka barang free? sape ? Sape? Sila angkat jari !...hehe

Sebenonye, ahkak ni malas bebeno nak join online contest nie, sbb pencabar dia memang kebaboom giler, kena pulak diorang2 yang rajin menaip itu ini...maka i serender siap2...
bukan takut kalah, tapi saja je la.. kasik can la kat diorang menang hadiah,
kalau i join, tak no 1, 2,3...koman2 saguhati musti masuk list jugak...
hatta kalau i menang ...nanti sengih jadi 'kembang semangkuk' jadinya...

(^_______________^)  Hnss..hnss ..<--aksi 'sengih kembang semangkuk'
 maka..biarlah mereka-mereka yang lain menang...hehe

Tapiiiiii.....
memandangkan hadiah yang cik MommyLynna dari MySuperKids nie nak bagi memang hebat-terbaik-super-the best-peringkat- momentum-ke-18 juta, maka...ahkak gigih jua memerah otak menaip entry ala-ala perasan hebat boleh menang ini...

Tapi kannnnn..

Tak silap i kan, nie baru audition...ala-ala audition Raja Lawak la sementara nak masuk top 10 tu...
Huhuuuuuu...(T__T)

so, harap-harap lepas le stage audition nie...
penat wehh perah otak...
dah ler kering dah zat2 otak nie dok perah kat opis, kat rumah segala...nie perah otak khas untuk cik Mommy Lynna nan berkeyakinan tinggi,  berkebolehan lagi berkarisma iteww...<---ayat bodek terang-terangan (^_^)..

okes la..kita sudahi merapu meraban tu..
Sila serius ye cik puan Hanis.. (-___-")  

Demam blog hopping memula nyer suka-suki je busan-busan sibuk kepoci tengok-tengok friendster kengkawan zaman sekolah dan universiti, sambil godek2 tu...terklik plak "blog"..
Apakebenda 'blog' niehhhhh?
Sekaliiii........

"Wahhh....." ( @ _____ @ ")

terpegun i dibuatnya, banyak sungguh ilmu - duniawi dan ukhrawi saya boleh grab...ingatkan setakat godek2 encik Google jek cari info2 skema utk assignment zaman universiti...
dan info pecah-kepala-otak-bersepai zaman2 kerja gini...
macam2 ghupenye orang membebel pasal hidup kat dalam blog..
Hebat! Gigih! Kagum!  Syabbas inspektor Shahabbb!
Rajin betui depa nie...rajin jugak aku nie dok baca...muahahaha...

Maka, bermulalah, episod lompat-lompat belog, sampai satu tahap, otak dah biul, asyik nampak huruf2 je menari-nari kat kornea mata..Maka aku pon insaf lah kembali ke pangkal jalan alam nyata...
Tinggal beberapa kerat je yang aku maintain bukak dan baca, koman-koman sekali dalam seminggu dua...
yang lelain tu, baca gak...tapi pilih2 entry...biasakla..i kan bizi..betul2 bizi + buat2 bizi..
Ngeh..ngeh..Ngehhh..

tapi kannn...
dalam berjuta-juta blog tu, antara link blog yang paling i suka tahap tak-boleh-blah-nak-klik-pangkah-kat-corner-window-sentiasa-rasa-nak-baca je  tu ialah....

Jeng-jeng-jenggggggg...
 ini hah!

http://www.younghouselove.com/








DIY interior design tahap dewa i tell you!
walaupun depa nie bukan background interior designer..Huh, hebat!
( 0ooops..untuk mereka2yang tak berapa paham, DIY tu means DO-IT-YOURSELF..)

Pembaca-pembaca budiman,
i kan interior designer,
(yang kekadang jadik lecturer, kekadang jadi business momma, kekadang jadi mama yang garang, kekadang jadik otromen..eh, silap..)
sebagai interior designer haruslah aku tercabar kannnn..
DIY tuuuuuu...interior renovation rumah depa sendiri..
sementelahan pulak aku suka DIY hampir SEMUA benda selagi boleh..(hampir-hampir imejin buat underwear sendiri...haha)
sebabnye, i nie cheapskate hokehh..selagi i nak pegang and nak beli apa-apa barang,
selagi i pikir "isk, buat sendiri pun bolehhhh, senang je nie!"..maka haruslah i DIY je semua benda..
tapiiii......
setakat masa yang sungguh mencemburui beta, maka...benda2 terpilih jelah i boleh buat, specially bab-bab industri kreatif...wah, industri gitew..
ala, bab-bab kita leh design2, kreatif2 kan otak...tak la terkehel sel-sel otak i asyik menghadap benda yang samaaaaaa je...i cepat bosan...
seb baik tak bosan dengan encik suamiku yang hensem macho itu, muahahaha...

*isk, kejap ahkak, kejap i, kejap aku..pening mak budak nie..(*___*)

apa yang best kat blog couple Petersik dari blog   http://www.younghouselove.com/ ?

Uishhhh...macam-macammmm...!

hebatnya kerajinan depa nie dok renovate sendiri rumah tahap antique cottage zaman dolu-dolu tu jadik comel, kontemporari lagi versatile tu sebagaimana depa chentai,
sampai reporter2 magazine mai approach depa la nak publish kerja-kerja DIY diorang,
siap ada column sendiri dalam beberapa majalah DIY interior design and deco.....(diulang...BEBERAPA tawwww...bukan sebuah je)...
sampai la depa dah jual rumah lama, beli rumah baru, pastu dok gigih renovate rumah baru nie sendiri pulak...
sampai berhenti kerja laki-bini (tak silap i laaa) untuk fokus bisnes consultation renovate rumah nie..

Pastu,
macam-macam tips depa share,
macam-macam  discount coupon (walaupun kat Malaysia tak kena mengena..tapi still boley apply the skill of cari diskaun sana-sini..i looikkeeee..)
macam-macam info step-by step depa snap the picture...
macam-macam ke-sitematik-an depa nie yang buat aku kagum tahap perfectionist depa nie,
dan kekadang ada je ups and downs yang depa tak malu nak mengaku kat blog..
memang aku tabik spring toinnggg-yoiiinngg-yoinggg la kat depa nie..
selambe dan bersahaja pulak tu..
Comel je...heheh
(dok imejin i dengan suami i comel macam tu jugak...hihi...)

korang godek-godek la sendiri blog Petersik couple nie...
contoh keja previous renovation works toilet rumah lama depa..

dari ini..


















ke ini..



















hensem kan bilik air a.k.a toilet depa?

aku malas nak tepek gambar banyak2..nanti habih semua gambar dia aku tepek sini..
Pesal aku suka sangat bab toilet?
sebab typical Malaysian selalu abaikan toilet mereka...
kesiannnnn encik toilet..


Sekali lagi aku tegaskan,...cewah..

korang godek-godek la sendiri blog Petersik couple nie...
memang sure lepas tu korang akan meroyan-meronta-ronta-jiwa-dan-raga ajak encik suami pi Ikea, pi kedai hardware, pi warehouse Sale untuk beli barang-barang at bargain price,
kepoci bila ada sale barang-barang rumah sebab nak pi serbu beli jamban (a.k.a Water Closet (W.C)  as what we interior designer should call it...*..cewahhhh) baru sebab berkenan tengok depa nie renovate toilet-yang-nampak-macam-senang-je  1,2,3 tukarrrrrr!..
Pastu, dah tak meroyan simpan duit nak shopping henbeg,kasut, baju dah...( boleh kerrrrr?) sebab meroyan beli cat rumah, curtain, bedspread, sofa, rak...bla-bla-bla....

tapi AWAS...
baca la betul2 dan hayati,
me-renovate rumah tidak semudah yang anda sangka..
kalau malas nak study cara-cara installation W.C..
biarkan ia menjadi Misteriiiiiii...*Woooossshhhh..<--sound effect tak bleh blah..
Maka, sila panggil encik kontraktor Batman bin Suparman ( bukan nama sebenar...)...untuk pasangkan / renovate untuk anda, dan anda bayar la sesedap rasa lepas nego2 price mintak diskaun upah kerja dia.....


Last but not least, ...entry melampau puji-pujian blog http://www.younghouselove.com/ nie semata-mata i gigih dengan satu tujuan nak dapat iPad free !!!!! sponsored mainly by Mommy Lynna...Muahahahaha..



Artikel ini ditulis sebab saya mengidam iPad percuma MySuperKids. Sertai Bengkel Adsense di laman web buat duit online & mulakan gaya hidup sihat dengan vitamin semulajadi ShakleeTrialPack



Jangan lupa, sila AFUNDI saya di...
eh...ada AFUNDI ker? ...hihi...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...